Tidak ada perkataan Melayu dan Islam dalam artikel rujukan ini. Dan artikel ini adalah suntingan dari beberapa sumber merujuk kepada sejarah awal Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia. 
Kesimpulan saya, hanya kerana bangsa Melayu berjaya mempengaruhi bangsa lain untuk membentuk Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia, maka Agama Islam di letakkan sebagai agama rasmi sebagai ‘bentuk perlindungan’ pada negara yang kita cintai. 
Jika lihat pada asal usul negara, kita sama-sama nampak bahawa wujud beberapa perkataan yang merujuk pada negara China, Agama Buddha dan Hindu. 
Oleh yang sedemikian, layakkah kita sebagai bangsa Melayu mendakwa negara ini milik orang Melayu? Kita mahu halau semua bangsa lain? 
Hisham Hashim 

Akedemi Anak Nusa 

14 Julai 2016
Rujukan : 
Chih Tu
Tanah Merah ini sebenarnya adalah serpihan daripada Funan. Pada asalnya, Negeri Tanah Merah ini merupakan satu Negeri Persekutuan, dikenali sebagai Kalathana yang membawa maksud Tanah Raksasa.
Tanah Raksasa
Persekutuan ini mengandungi empat negeri iaitu:

* .Kalathana (Kelantan)

* .Thanathana (Terengganu)

* .Gangga Negara (Perak)

* .Kuli (Pahang)
Negeri-negeri dalam Kalathana ini telah bersetuju melantik Bhadreswararaja, Raja Kalathana sebagai pemimpin persekutuan ini pada 418 Masihi. Pada waktu itu Funandinaungi oleh Empayar Campa, justeru kewujudan persekutuan Kalathana ini tidak direstui oleh Maharaja Campa sendiri, natijahnya pada 427 Masihi, Maharaja Campatelah menghantar bala tentera melalui Langkasuka untuk menghukum Raja Kalathana tersebut.Serangan tersebut dapat dipatahkan dan perajurit Kalathana telah melakukan serangan balas. Serangan tersebut telah membuahkan hasil yang gemilang dengan merebut kawasan dari Langkasuka hingga ke Tambralingga seterusnya menguasai seluruh Segenting Kra.

Pada masa yang sama, Campa turut terlibat dalam siri peperangan dengan China hingga Maharaja Campa mengabaikan situasi empayarnya yang sedang berpecah belah di bahagian selatan dengan menyerahkan urusan tersebut kepada Funan. Kemenangan Kalathana terhadap angkatan Funan-Campatelah membolehkan kerajaan mereka merdeka tanpa dipengaruhi oleh mana-mana kerajaan asing.
Raja Funan, Wan Srestha tidak bertangguh terhadap perlakuan Kalathana yang tidak diiktiraf itu, telah membuat persiapan untuk merebut kembali kawasan Segenting Kra dan Semenanjung. Persiapan ini telah diketahui oleh Bhadreswararaja dan baginda dengan segera membuat hubungan diplomatik dengan Maharaja China dalam tahun 430 Masihi untuk melindungi Kalathana dari diserang oleh Funan. Maharaja China telah menjamin keselamatan Kalathana dengan menghantar surat kepada Funan agar hasrat serangan itu dibatalkan. Negara Kalathana dalam bentuk persekutuan empat negeri yang dicantumkan dengan wilayah Segenting Kra (dari Langkasuka hingga ke Tambralingga) telah disebut sebagai Ho-lo-tan, K’ou-lo-tan atau K’ou-lo-ch’ieh dalam rekod China.
Lahirnya “Negeri Tanah Merah”
Pada awal abad ke-6 Masihi, Kalathana telah dikuasai kembali oleh Funan yang berpusat di Campa. Pada tahun 522 Masihi, kerajaan Funantelah runtuh akibat diserang oleh suku Khmer dari bahagian tengah Sungai Mekong.

Kalinggawarman, Raja Kalathana telah menyerang Funan dan berjaya mengusir suku Khmer yang telah menawan kota Campa pada 556 Masihi, seterusnya membina kembali empayar Funan yang runtuh, baginda juga melaksanakan penaklukan kembali wilayah kekuasaan Funan. Pada 561 Masihi pula, Kalinggawarman telah mengisytiharkan diri beliau sebagai Maharaja Funan dan melantik adindanya Raja Gautama menjadi Raja Kalathana seterusnya berfungsi sebagai gabenor tertinggi bagi seluruh Segenting Kradan Semenanjung. Namun pada 566 Masihi, Raja Gautama telah membelot kakandanya dengan mengisytiharkan kemerdekaan Kalathana daripada Funan dan telah memindahkan ibu kotanya dari kota Yawakotti, terletak di Hilir Kelantan ke arah Hulu Kelantan yang dipercayai kawasan Nenggiri sekarang. Kawasan baru ini amat strategik dari aspek ketenteraan dan perlindungan. Perpindahan ibu kota ini sebenarnya dilakukan untuk mengelak serangan daripada Funan, selain itu kawasan Hulu Kelantan juga kaya dengan lombong-lombong emas.
Raja Gautama telah menukar nama Kalathana kepada nama baharu iaitu Tanah Merah sesuai dengan lokasi ibu kotanya yang terletak di kawasan tanah rata berwarna merah batu kawi. Baginda juga menamakan ibu kota Tanah Merah sebagai Singapura yang bermaksud Kota Singa dan dirujuk oleh sarjana China sebagai Seng-Chih atau Shih-tzu,manakala nama Tanah Merah dirujuk pula dengan nama Chih Tu oleh China dan Raktamrittika oleh India. Negeri ini hanya mencakupi Kelantan pada hari ini, Besut di selatan dan Narrathiwat di utara, memandangkan negeri-negeri lain dalam Segenting Kra dan Semenanjung masih taat kepada Funan. Kalinggawarman, Maharaja Funan tidak mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Raja Gautama, seolah-olah merestui tindakan adindanya membebaskan Kalathana dan menubuhkan Tanah Merah. Sebaliknya baginda telah melantik adindanya yang juga Raja Thanathana menggantikan Raja Gautama sebagai gabenor Funan untuk wilayah Segenting Kra dan Semenanjung.
Empayar ini berkekalan sehingga abad ke-7 M ketika pemerintahnya, Phabhasadharma yang merupakan cicit Raja Gautama mewujudkan Empayar Srivijaya.
Bukti sejarah
Batu Bersurat Cherok Tok Kun atau Batu Bersurat Budhagupta ditemui di Province Wellesley (Seberang Prai) oleh Col. Low dalam abad ke-19. Prasasti ini berukir dengan satu stupa dan satu chattravali di atasnya. Manakala tulisan berada pada kiri dan kanannya. Tulisan ini yang ditulis dalam huruf Pallava dari abad ke-5 (400-500 Masihi) menyatakan kejayaan dalam suatu pelayaran oleh seoang nakhoda kapal bernama Budhagupta, seorang penduduk Negeri Tanah Merah. Berdasarkan sejarah yang diterangkan dalam rencana ini, batu bersurat ini ditulis tidak lebih awal dari tahun 566 Masihi.
Rujukan

* .Koleksi Peta Lama 1

* .Koleksi Peta Lama 2

* .Lloni Semache

* .Raykinzoku

* .Sabrizain.org

* .Salasilah Kesultanan Kelantan

* .Tabut Jawi

* .The Kelantan Times

Advertisements