Selawat dan salam ke atas junjungan.. 
Saya tidak menyokong atau setuju dengan pandangan mana-mana pihak. Cuma saya rasa rakyat Malaysia sudah hilang pertimbangan dengan isu semasa. Tidak berusaha mengunakan timbang tara yang setimpal dengan kelayakan. Sebenarnya ini adalah punca saya hilang kepercayaan kepada pemerintah terutama bab hukum agama. 
Saya merujuk pada kisah Imam Muda tu. Saya faham maksud Imam Muda adalah VAKSIN itu USAHA. MATI itu WAJIB! Jadi tak timbul masalah sindirian pada ‘VAKSIN Elak Kemalangan Jalan Raya’. Kerana itu ayat ‘kias’. Manakala kias itu adalah sindiran yang dibenarkan. Tak pernah lihat statistik kematian akibat kemalangan jalanraya? 
Pandangan agama pada sains dan kias tidak selari dengan zaman. Jadi saya menulis pandangan ini berserta contoh yang telah berlaku. 
Siapa ingat kisah DNA dalam botol atau DNA dalam dubur? Ada bekas pemimpin negara kena penjara! 
Siapa kenal Haji Hadi Awang? Ingat pandangan beliau pada CCTV itu besi? 
Ketika dua kisah itu sedang hangat di perkatakan, mengapa tiada kumpulan profesional seperti pakar ekonomi, pakar penerbangan, doktor pakar, pakar perubatan, pembantu hospital atau jururawat memberi pandangan? Mengapa tiada keputusan Majlis Fatwa menentukan kesahihan DNA itu adalah sains dan CCTV itu juga adalah sains ?
Mengapa vaksin ini lebih istimewa berbanding dengan DNA dan CCTV? Sains itu berpihak kepada mereka yang berpelajaran sahaja? Mengapa sains tidak diguna pakai ketika perbicaraan? 
Bukankah perbicaraan itu melibatkan sistem perundangan dan soal maruah seorang bekas pemimpin negara? Mengapa ketika itu sains dan fatwa tidak diguna pakai sebagai jaminan? 
Helah perubatan pada nilai pembelian vaksin dan pengunaan vaksin? Sebagai ujikaji? Penarafan oleh siapa? Menepati kehendak syariah? Orang Malaysia ni, nak terbang pun nak naik kapal terbang menepati syariat. 
Jika saya sebagai penguna, mestilah saya nak tahu apa kandungan vaksin, apa kebaikan vaksin. Mesti diberitahu kebaikannya. Walaupun saya bukan doktor atau ahli akedemik atau ilmuan terulung. 
Kerana itu saya rasa terkilan dengan banyak pandangan orang. Kerana tidak adil pada pandangan orang jahil seperti saya dan imam muda tersebut. Saya bayangkan sistem perundangan Islam yang di ejek-ejek dalam bahasa politik sehingga tiada siapa pun berani memberi amaran bahawa HUKUM itu tidak berubah atau dipinda. 
Saya percaya, tidak ada orang dilahirkan bijaksana. Cuma sokongan orang lain itu yang menjadikan kita nampak bijak atau di hormati. Itu pun kerana keturunan kita. Kekayaan pula sebagai bonus. 
Agama mana yang mengajar kita jadi macam tu? Sampai bila kita nak menipu diri sendiri dengan kelayakan, status jawatan dan sanjungan masyarakat? 
Kenapa percaya cakap saya? Sebab lintasan HATI.. 
Imam Muda Yang Hensem Hisham Hashim 

Advertisements