Hayati Ibrahim 
ya_t@hmetro.com.my

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menegaskan wang RM12 juta yang dibayar bagi pembebasan empat rakyat Sarawak yang diculik kumpulan militan Abu Sayyaf di selatan Filipina bukan wang tebusan.
Sebaliknya, beliau berkata, wang itu disalurkan kepada badan tertentu di Filipina yang melakukan aktiviti sah dan kebajikan di negara itu.
“Memang kita tidak bayar sebarang wang tebusan kepada kumpulan penculik, wang RM12 juta hasil kutipan orang ramai dan jualan hartanah serta aset oleh keluarga itu diberikan kepada pihak polis bukan sebagai wang tebusan.
“Ini kerana kerajaan memutuskan tidak ada sebarang wang tebusan yang dibayar dan pihak polis mematuhi arahan itu, kita tidak mengiktiraf kegiatan menculik untuk mendapatkan wang tebusan,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Pelancaran Majlis Pelancaran Wakaf al-Quran Peringkat Kebangsaan 1437/2016 di sini, hari ini.
Beliau bagaimanapun, enggan menamakan badan berkenaan dan mengesahkan badan itu juga tiada kaitan dengan kegiatan jenayah dan keganasan

Advertisements