Saya tidak mengenali pemilik Rayani Air. Tapi saya tahu mereka adalah sepasang suami isteri yang berbangsa India. Mereka memperkenalkan idea yang berlatar belakangkan syariat Islam dalam urusan pengendalian penerbangan mereka. 

Ketika mula-mula mereka beroperasi, saya tak rasa pun mereka menepati konsep syariat Islam. Kalau setakat pakai tudung dan tidak menghidangkan arak dah di anggap menepati syariat, saya rasa elok saya tidak menekan hal yang berkaitan dengan rukun dan hukum. 

Yang mengagumkan saya adalah, mereka berani menubuhkan syarikat penerbangan Rayani Air dan bersaing dengan syarikat tambang murah Air Asia dan syarikat MAS yang semestinya di kuasai oleh orang-orang kerajaan. Ketika Air Asia di tubuhkan, tiga nama eksekutif nya berada dalam senarai 10 orang terkaya di Malaysia. Sesuatu yang hebat! 
Saya mula tertanya, siapa kenalan atau orang hebat dalam negara yang boleh menyokong mereka? Siapa yang membantu mereka mendapatkan lesen dan pinjaman atau urusan pembelian / penyewaaan pesawat? Tidak termasuk dengan lesen atau permit atau kebenaran mengunakan lapangan terbang atau tumpang lalu mana-mana ruang udara. 
Siapa tengok video PM Najib betapa besarnya jasa Datin Rosmah ketika menyelamatkan seorang rakyat Malaysia yang di tahan di Mesir kerana di anggap sebagai pengintip dan jasa Datin Rosmah membawa pulang pelajar Malaysia di Mesir kerana darurat / rusuhan? 
PM Najib sebut, kerana hubungan baik Datin Rosmah dengan isteri Presiden Mesir Hosni Mubarak, pelajar Malaysia di bebaskan tak sampai 2 jam. 
PM Najib sebut, kerana hubungan baik Datin Rosmah dengan isteri-isteri Raja Arab Saudi, Ops Piramid, beratus pelajar Malaysia boleh pulang ke Malaysia tanpa Visa, malah dapat menggunakan 2 pesawat Arab Saudi secara percuma. 
Saya tanya diri saya, macam mana saya nak dapat isteri macam Datin Rosmah ni. 
Apa pandangan tuan-tuan dan puan-puan? 

Advertisements