Saya bukan kerajaan, jangan percaya cakap saya kerana saya tiada kelayakan untuk mengira keuntungan, tapi saya tahu apa hukum nya jika tak bayar hutang. Itu asasnya! 

Tahun 1999, 1 gram emas 916 adalah rm 33 ringgit. Tahun ini 2014, 1 gram dah cecah rm 150 ringgit. Soalan saya, adakah kita untung? 

Tahun 1999, sebuah rumah murah harga rm 32 ribu ringgit, tahun 2015 harga rumah adalah rm 60 ribu ringgit. Kita masih untung jika kita dah beli di tahun 1999? 

Jika kita pinjam duit pada tahun 1999 dengan nilai rm 10 ribu, berapa kadar peratusnya? 6 peratus? Jika kita pinjam rm 10 ribu pada tahun 2015 ini, berapa peratus pula kena bayar bunga? 18 peratus? Atau masih lingkungan 6 peratus juga? 

Beli tanah juga sama? Tapi bagaimana jika kita beli tanah pada nilai rm 60 ringgit pada 1 kaki persegi itu adalah untung, jika kita dapat jual dengan harga rm 3 ribu ringgit itu kita berjaya dalam perniagaan? Kerana nilai tanah iti akan naik di masa hadapan? Kerana kita percaya akan ada projek di atas tapak tanah? 

Sekali lagi saya tanya, apakah nilai ‘akad’ pada seseorang pembeli dan penjual? Niat jual beli itu adalah apa? 

Apa untungnya jika emas yang kita beli murah pada tahun 1999 & kita jual pada tahun 2015? Kita beroleh keuntungan yang sangat tinggi? Tapi bila dah jual? Apa lagi untung yang kita akan dapat? Beli emas lain? 

Oh, kita ada jaminan kerajaan & jaminan pihak kewangan bahawa rumah kita tak akan susut nilai, dalam tempoh 10 tahun, nilai rumah kita akan naik sekali ganda, beli dulu rm 32  ribu ringgit, bayar bunga bank hingga sampai rm 58 ribu. Kita jual rm 60 ribu.. Sudah sangat untung ke kerana kita beli dulu rm 32 ribu? Lepas jual rumah tu kita nak duduk mana? 

Kadang2 nilai harta itu bukan ukuran ‘berniaga’ jika nak guna sendiri. Seperti nilai sebuah kubur yang kita nak diami nanti. Hari ni kita mampu la bayar untuk 18 kaki persegi tu. jika sekaki dah rm 3 ribu, elok la jasad kita di bakar! 

Atas nama prinsip ekonomi, atas nama perbankan dan bon dan segala kertas perjanjian pada orang tengah atau orang yang ambil komisen pula bagaimana? Siapa mereka di sisi agama? Kita lupa hukum, akad, niat kerana prisinp bernegara? 

Celakalah kamu yang mentafsir hutang itu adalah keadah / prinsip bernegara! 

hooliganatwork