KP JASA NAFI DAKWAAN TS ZAINUDDIN MAIDIN
Saya hairan kenapa Tan Sri Zainuddin Maidin berfikiran sempit dan tertinggal di zaman hyper connectivity ini. Apabila ada rakyat yang post dalam facebook saya mengenai kedaifan sebuah sekolah di bawah tanggung jawab Kementerian TS Mahyuddin Yassin, apakah salah, saya menyiarkannya semula dan memberi pendapat peribadi mengenainya? Apakah Tan Sri Zam lebih mengutamakan imej individu dan bukan isu pokok iaitu sebuah sekolah yang amat daif demi keadilan kepada rakyat di pedalaman Sabah dan Sarawak.
Zam jangan lupa bahawa saya pernah berkhidmat di KPM, maka bukan keterlaluan jika saya menyarankan Menteri atau Timbalan Menteri turun ke bawah. Itu lebih berkesan terutama dalam keadaan banyak lagi sekolah, rumah guru, asrama desa dan bekalan air bersih yang daif di pedalaman.
Sebagai ahli MT yang bertanggung kepada keluhan rakyat, saya amat bertanggungjawab utk respond kepada sebarang aduan rakyat tidak kira ia melibatkan kementerian mana. Saya harap Tan Sri Zam tidak terlalu taksub kepada individu tertentu sehingga lupa tanggung jawab kita untuk membela sekolah sekolah daif di pedalaman.
Maka adalah palsu tuduhan Tan Sri Zainuddin Maidin bahawa posting dalam fb saya mengenai kedaifan sekolah pedalaman Sabah adalah atas arahan Menteri KKMM DS Ahmad Shabery Cheek.
Saya minta Zam buktikan tuduhannya itu. Jangan nanti Zam akan diingati sebagai bekas Menteri Penerangan yang bercakap tanpa asas seperti yang tersiar dalam wawancara dengan Al Jazeera beberapa tahun yang lalu.
Di samping itu JASA tidak ada kena mengena dengan penyebaran video TPM yang membangkitkan isu 1MDB dalam satu program di Janda Baik. Sebagai wartawan berpengelaman Zam perlu jelaskan apakah sebenarnya yang menjadi isu pokok dalam penyebaran video tersebut. Penyebaran video atau kandungan ucapan dalam video tersebut. Semua orang tahu bahawa bukanlah satu rahsia lagi pendirian TPM dalam isu 1MDB seperti mana kenyataannya di Milan Itali. 
Kalau Zam percaya kepada ketelusan maka tidak ada apa yang perlu dipertikaikan apatah lagi jika beliau mendokong perjuangan sebuah kerajaan yang telus dan ‘credible’. Zam tidak boleh double standard iaitu boleh mengkritik PM dalm isu 1MDB tetapi mesti tutup mulut dalam isu yang dibangkitkan oleh rakyat apatah lagi dalam soal pendidikan.
Sebagai ahli MT saya sentiasa bercakap menggunakan hati nurani saya. Saya tidak ditaja oleh sesiapa bahkan saya secara bebas sentiasa membangkitkan apa sahaja yang berkaitan kepentingan rakyat dalam mesyuarat MT. Semua ahli MT tahu mengenainya. Zam tidak perlu memaksa orang lain tutup mulut walapun barangkali itu amalan beliau semasa jadi Menteri Penerangan dulu.

Semua orang tahu keinginan Zam supaya DS Najib dijatuhkan sebagai PM tetapi janganlah sampai membuat tuduhan palsu dan fitnah kononnya saya diarah oleh Menteri KKMM menggunakan JASA bagi mengkritik TPM.
DR MOHD PUAD ZARKASHI