NAK TAHU KENAPA 1MDB DISERANG, INI PUNCANYA

Semasa tahun 90an, Generasi Pertama Penjana Tenaga Bebas (IPP) didirikan dan pada masa itu terdapat banyak orang yang marah daripada TNB sehingga bekas boss TNB Tan Sri Ani Arope enggan menandatangani perjanjian tersebut lalu meletak jawatan.

Para pemain IPP yang asal adalah kumpulan Tan Sri Syed Mokhtar, YTL, Genting dan Ananda Krishnan.

Sime Darby salah satu lagi syarikat namun dilihat sebagai syarikat berkaitan kerajaan, ianya tidak menarik perhatian berbanding empat kumpulan besar tersebut. Akan tetapi, tidak perlu diperkatakan bahawa syarikat sedemikian mampu untung berbillion-billion ringgit setahun.

Untuk sekian lamanya, keempat-empat IPP bersama dengan Tun M telah diserang bertubi-tubi puak pembangkang dengan menuduh bahawa ini adalah perjanjian kroni dan kenapa kerajaan perlu memberi subsidi kepada semua IPP ini.

Malahan pada bulan Mei 2011, Lim Guan Eng menggelar IPP ini sebagai kilang “candu besar” yang memerlukan RM19 bilion subsidi setiap tahun.

Dalam sekelip mata, 1MDB membeli IPP Ananda (Mac 2012) dan IPP Genting (Ogos 2012).

Setelah itu pada bulan Oktober 2012, Suruhanjaya Tenaga mengumumkan keputusan perjanjian konsesi IPP.

Keputusan tersebut amat menghairankan.

Tiada perlanjutan dibenarkan untuk IPP Ananda (kini di bawah 1MDB – dan sebab kenapa Ananda perlu membayar balik RM2b pinjaman untuk 1MDB) dan YTL.

Tidak ada lagi IPP atau konsesi baru untuk Genting, TS Syed Mokhtar, YTL mahupun Ananda Krishnan – tiada daripada keempat-empat “kroni” asal tersebut.

Hanya konsesi baru diberikan kepada 1MDB atau Tenaga – tiada syarikat lain.

Maybank Research menyatakan bahawa perjanjian berdasarkan ‘kronisme dan nepotisme’ telah berlalu, dan segala perjanjian pembaharuan dilakukan berdasarkan nilai komersil pada kadar semasa yang kompetitif.

IRR IPP kini lebih baik daripada IRR IPP generasi yang lama.

Banyak kesilapan masa lampau mengakibatkan rakyat Malaysia, Petronas dan TNB hilang berbilion ringgit setahun (dan kemungkinan lebih RM100 bilion dalam tempoh dua dekad) telah diselesaikan oleh Najib, Suruhanjaya Tenaga dan 1MDB.

Hakikatnya, Malaysia sepatutnya mengalami kenaikan tarif tenaga pada Julai 2014 dan Januari 2015 di bawah mekanisma FCPT (Fuel Cost Pass Through) tetapi 1MDB dan IPP lain kata tidak perlu kerana perjanjian yang telah diperbaharui dan diperbetulkan.

Malahan tarif elektrik telah diturunkan bermula Mac 2015 – disebabkan penurunan harga arang batu dan tarif IPP yang lebih murah.

Dan TNB mula mencapai keuntungan besar mulai 2013, 2014 dan suku pertama 2015, memecah rekod untuk mendapat RM2.3bilion keuntungan bersih dalam tempoh masa 3 bulan!

TNB dapat menerima lebih banyak keuntungan sementara rakyat Malaysia dapat menikmati kadar elektrik yang lebih murah apabila harga minyak turun. Sementara Petronas tidak perlu lagi mensubsidi banyak kepentingan swasta.

Dengan itu, kepentingan TNB dan Petronas dikekalkan.. kepentingan pengguna elektrik dipelihara – inilah pemenang sebenar.

Akan tetapi siapa yang kalah? Siapakah yang kalah dengan banyak sekali apabila perjanjian gelap sebegini tidak ada lagi and kepada siapakah golongan kaya dan berkuasa ini akan mengadu?

Apakah yang hendak dilakukan mereka?

Kemungkinan inilah sebab mengapa banyaknya kemarahan terhadap 1MDB dan PM Najib – walaupun daripada pemimpin senior Umno.