Saya tak faham politik semasa agaknya, bila ada beberapa kejadian atau bencana yang berlaku, saya mendapat firasat yang berbeza. Saya mendapat petunjuk yang salah.

Eric Paulsen tak salah cakap pun pasal Jakim. Kerana memang benar pun berlaku. Kisah penyalahgunaan khutbah itu. Lupa apa berlaku di Kelantan, Penang, Selangor? Kisah 2 imam, imam PAS dan UMNO imam berebut nak sampaikan khutbah, kisah imam di Penang yang doakan kesejahteraan Lim Guan Eng dalam khutbah, pasal rampasan Bible di Selangor, pasal kalimah Allah.

Charlie Hebdo tak kenal Zunar? Pasal buku kartun Zunar kena rampas? Pasal lukisan kartun Zunar kena haram? Jika berkaitan hak cipta, Charlie Hebdo tak tahu pasal kartunis Ujang yang dilarang melukis semula kartun Aku Budak Minang? Atau kisah watak Upin & Ipin yang masuk mahkamah kerana berebut pada hak cipta?

Rakyat Malaysia yang muslim lupa pada demo Bersih dan Himpunan Rakyat? Nak guling kerajaan? Bukan kah itu semua perbuatan menyerupai teroris? Lupa unit amal yang merempuh pihak berkuasa, lupa pada perbuatan berbaring di hadapan kereta sultan?

Lupa pasal Fatwa Kafir kepada orang UMNO? Lupa pada Amanat Haji Hadi? Lupa pada Darurat Kelantan yang di sebabkan oleh TG NiK Aziz memecat Menteri Besar Kelantan?

Lupa pada Al Arqam? Lupa pada Al Maunah? Lupa pada Ibrahim Libya? Lupa pada Prebet Adam yang mengamuk menembak orang ramai di Chow Kit, atau bunuh orang, atau bakar orang, atau kerat orang.

Jika di amati dan di lihat dari sudut agama, sememangnya kejadian perlakuan secara berkumpulan itu wujud kerana mempercayai agama.

Orang agama yang menghalalkan darah orang kafir. Menganggap perbuatan yang atas nama agama itu beroleh pahala. Anggap yang kafir itu jahat semuanya. Wujud pula kumpulan orang yang kononnya menyokong puak tertentu di negara arab, puak yang percaya pada bangkit menentang kerajaan, puak yang percaya ada Islam tertindas dan puak yang percaya bahawa kejadian penindasan keatas orang Islam adalah yahudi, kristian, Israel.

Saya tak rasa perkara sedemikian berlaku tanpa sengaja. Semuanya di rancang, ada kumpulan dan pertubuhan itu sah sebagai sebuah parti, persatuan, kelab yang membawa Islam sebagai wadah perjuangan.

Apa bezanya PERKASA, ISIS, SIsters in Islam? Membawa kefahaman baru dalam Islam? Aliran yang berbeza? Bukankah sesama mereka juga mereka bergaduh dan salah pendapat? Bagaimana dengan mahzab? Ada aliran baru dalam kumpulan agama?

Saya tak bawa atau gantung sebarang hadis atau ayat Quran bagi menyokong hujah saya pada kelakuan umat Islam hari ni. Tapi apa berlaku di Kelantan itu juga adalah perlakuan yang tak mencerminkan Islam pun. Tapi kesepakatan sebagai rakyat Malaysia. Lihat bangsa lain, agama lain yang masuk membantu? Adakah kita nak labelkan kita lebih Islam dan kita tidak bekerjsama dengan kafir?

Jika itu berlaku, mengapa dulu UMNO kafir? Sampai hari ni, Tuan Guru Nik Aziz menentang kerajaan campuran bersama UMNO? Mengapa? Mengapa Kelantan? Mengapa saya juga tidak menyokong kerajaan perpaduan tersebut?

Saya dah jelaskan, kerana sokongan rakyat Kelantan itu sendiri adalah pada PAS! Jika saya menyokong, saya juga adalah teroris! Saya mengangkat Islam kerana saya tak percaya pada bangsa dan agama lain?

Maka! Umat Islam di Malaysia adalah teroris!