Sejauh mana orang percaya bahawa Anwar tidak bersalah, begitu juga saya. Cuma saya percaya Anwar meliwat! Walau pun saya tak pernah lihat dia meliwat, tapi kehadiran ‘mereka’ yang di liwat itu mengukuhkan kepercayaan saya.

Bersalah atau tidak pada sudut perundangan, saya tak percaya juga pada sistem yang ada. Kerana majoriti pada keputusan tak membawa maksud hukum agama boleh diketepikan. Sebagai contoh & teladan, banyak perkara berlaku selepas 1998, di mana bukti meliwatnya semakin jelas walau pun orang agama tidak menerima keputusan DNA & video hitam putih.

Ramai mula ambil mudah dengan kepercayaan mahzab dalam Islam dan guna atas kepentingan sendiri.

Walau Mahzab Syafie melarang menyentuh anjing kerana najis mughalazah, tapi orang Islam lain buat juga, kata mereka mahzab lain benarkan ‘menyayangi’ binatang tersebut.
Begitu juga kes liwat, bila dah heboh pasal liwat, ada pihak nak hapuskan pula akta / undang2 meliwat kerana dah lapuk!

Orang agama mula berdolak dalik pada hukum. Walhal semua orang faham, bahawa kita pilih Mahzab Syafie kerana ‘akhlak baik’nya.. Dan itu dah di persetujui. Mengapa nak mudah dengan hukum bila ada fahaman lain atau mahzab lain, kita nak tukar mahzab juga.

Begitu juga kerajaan, bila kita tak puas hati dengan kerajaan, kita nak tukar kerajaan. Lepas ni kalau kita tak puas hati dengan hukum tuhan, dengan Tuhan2 sekali kita tukar..

Wallahualam..