image

Berulang kali saya menyebut bahawa Agama itu bukan perkara yang boleh di politikkan antara agama-agama lain. Atau kerana perbezaan agama atau kelainan bangsa & kaedah bernegara. Kerana saya tidak percaya bahawa agama itu boleh di tentukan dengan bilangan orang yang menyokong atau mengundi sesebuah parti untuk mendapat kuasa & membentuk sebuah negara.

Hati & akal saya begitu sempit untuk menerima agama itu satu bentuk demokrasi. Kita akan mengikut mereka yang ramai & menang.

Bayangkan bila kemenangan pada mereka khalayak yang banyak & anggap bahawa mengerjakan ibadat puasa atau haji itu merupakan kerja bahaya & memudaratkan umat Islam.