Saya nyatakan petikan ucapan YTM Tunku Abdul Rahman Putra pada 30 dan 31 Julai 1966.

‘ Apa yang kita buat sejak merdeka adalah menunjukkan dengan jelasnya bahawa kita sebenar-benarnya memberi makna kepada perlembagaan kita yang telah menentukan agama Islam sebagai agama rasmi negara kita ini. Tetapi sungguhpun begitu, kita sedar akan tanggungjawab kita pada rakyat Malaysia yang memeluk bermacam-macam agama.

Kita membantu rumah-rumah ibadat mereka sama seperti kita membantu masjid-masjid orang Islam. Kita juga membina sekolah-sekolah mereka dan menjalankan keadilan kepada rakyat dengan tidak membeza-bezakan agama dan keturunan mereka. Berbagai kemajuan telah kita buat untuk orang-orang Islam baik dalam pembinaan masjid-masjid dan sekolah-sekolah agama termasuk mengadakan pertandingan al quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang telah mendapat sambutan dari negara-negara Islam lain.

Sekarang ini kita adakan kelas hafazan al Quran di bawah kelolaan Tuan Haji Nur. Jikalau misalnya musuh Islam datang bakar kesemua al Quran dalam negeri ini, maka besok hari juga kita boleh adakan sebuah al Quran.

Tapi alangkah kaburnya mata orang-orang kita di sini, mereka tidak nampak kesemua yang kita buat ini, tetapi apakala ada pergaduhan kita dengan negara Islam lain mereka menyebelahi negeri itu daripada negeri mereka sendiri.

Dalam pada itu pun PAS mengkafir-kafirkan juga kita orang-orang UMNO. Dengan jasa bakti yang kita tunjukkan itu, maka susahlah hendak cari lebih Islam daripada UMNO dalam mana-mana dunia jua pun. Segala hal ini bukan hanya dengan cakap-cakap atau niat-niat dalam hati sahaja, tetapi semuanya kita buktikan dengan perbuatan.. ‘

Advertisements