HUDUD PART (I) – sila baca jika mahu tambah ilmu

by IQ

RANG UNDANG-UNDANG KANUN JENAYAH SYARIAH (II)
1993 

KERAJAAN NEGERI KELANTAN

RANG UNDANG-UNDANG KANUN JANAYAH SYARIAH (II) 1993 

SUSUN FASAL-FASAL 

PERMULAAN 

Fasal 
1. Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa 
2. Tafsiran 
3. Jenis-jenis kesalahan 

BAHAGIAN 1 
Kesalahan-Kesalahan Hudud 
4. Jenis-jenis kesalahan hudud 
5. Sariqah 
6. Hukuman kerana melakukan sariqah 
7. Bilakah hukuman hudud tidak boleh dikenakalan 
8. Hirabah 
9. Hukuman hirabah 
10. Zina 
11. Hukuman zina 
12. Qazaf 
13. Hukuman qazaf 
14. Al-li’an 
15. Akibat al-li’an 

Fasal 
16. Liwat 
17. Hukuman liwat 
18. Membuktikan liwat 
19. Musahaqah 
20. Ittiyan almaitah 
21. Ittiyan albahimah 
22. Syurb 
23. Irtidad atau riddah 

BAHAGIAN II 
Qisos 
24. Qisos dan diyat 
25. Jenis kesalahan menyebabkan kematian 
26. Qatl-al’amd 
27. Hukuman qatl-al’amd 
28. Pengampunan 
29. Ganti kepada hukuman qisos 
30. Qatl-syibhi-al-‘amd 
31. Hukuman qatl-syibhi-al-‘amd 
32. Qatl-al-khata’ 
33. Hukuman qatl-al-khata’ 
34. Menyebakan kecederaan badan 
35. Hukuman kerana menyebabkan kecederaan badan 
36. Jenis-jenis kecederaan badan 

37. Bilakan hukuman qisos tidak boleh dikenakan 
38. Akibat apabila hukuman qisos tidak dikenakan.

BAHAGIAN III 
Keterangan 
39. Bagaimana membuktikan kesalahan 
40. Bilangan saksi-saksi 
41. Syarat-syarat menjadi saksi 
42. Keadaan keterangan 
43. Menarik balik keterangan 
44. Iqrar 
45. Menarik balik iqrar 
46. Keterangan qar’inah 
47. Ta’zir sebagai ganti hukuman hudud apabila keterangan tidak mencukupi untuk membuktikan kesalahan hudud. 

BAHAGIAN IV 
Bagaimana Hukuman Dilaksanakan 
48. Hukuman hudud tidak boleh diubah 
49. Pengesahan hukuman sebelum perlaksanan 
50. Pemeriksaan pegawai perubatan sebelum dilaksanakan hukuman. 
Fasal 
51. Bagaimana hendak melaksanakan beberapa hukuman. 
52. Cara memotong tangan dan kaki 
53. Cara melaksanakan hukuman sebat 
54. Hukuman rejam ditangguhkan bagi perempuan yang hamil dan yang menyusukan anak. 
55. Hukuman sebat ke atas perempuan yang hamil.

BAHAGIAN V 
Peruntukan Umum 
56. Pemakaian enakmen ini. 
57. Persaubahatan dan komplot 
58. Niat bersama 
59. Sariqah berkumpulan 
60. Mencuba melakukan kesalahan 
61. Prosiding di bawah kanun keseksaan tidak boleh diambil. 
62. Pemakaian hukum Syarak dalam tafsiran. 

BAHAGIAN VI 
Mahkamah 
63. Mahkamah Bicara Syariah Khas dan Mahkamah Rayuan Syariah Khas 
64. Mahkamah Bicara Syariah Khas dan Mahkamah Rayuan Syariah Khas adalah tambahan kepada Mahkamah Syariah 
65. Pemakaian Enakmen Acara Jenayah Syariah 1983 
Fasal 
66. Mahkamah Bicara Syariah Khas 
67. Mahkamah Rayuan Syariah Khas 
68. Kelayakan menjadi hakim 
69. Perlantikan hakim-hakim 
70. Kebebasan kehakiman 
71. Pemegang jawatan 
72. Gaji, elaun dan keistimewaan-keistimewaan lain hakim-hakim 

JADUAL I 
JADUAL II 
JADUAL III 
JADUAL IV 
JADUAL V 

RANG UNDANG-UNDANG 
bersama 

Suatu Enakmen untuk melaksanakan Undang-Undang Jenayah Syariah. 

ADALAH DENGAN INI DIPERBUAT UNDANG-UNDANG OLEH Badan Perundangan negeri Kelantan seperti berikut: 

PERMULAAN 
1. Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang
ditetapkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan melalui pemberitahuan dalam Warta. 

2. Dalam Enakmen ini melainkan konteksnya menghendaki makna yang lain; 

“anak” termasuklah cucu dan keturunan di bawahnya stau selepasnya; 

“diyat” maknanya suatu jumlah wang atau harta yang dikenakan bayarannya sebagai pampasan kerana kematian atau kehilangan akal atau
kecederaan anggota yang sempurna atau kecederaan anggota yang berpasangan atau kehilangan fungsi anggota-anggota tersebut yang telah
dilakukan ke atas seorang mangsa jenayah. Jumlah satu diyat ialah bersamaan dengan harga emas semasa seberat 4,450 gram atau suatu
jumlah yang akan ditetapkan oleh Ke bawad Duli Yang Maha Mulai Al-Sultan dari semasa ke semasa mengikut hukum Syarak; 

“hakim” maknanya hakim yang dilantik di bawah Bahagian VI; 

“irsy” maknanya suatu jumlah wang atau harta atau sebahagian daripada diyat yang dikenakan bayarannya sebagai pampasan kerana
kecederaan (jurh) yang dilakukan ke atas seorang mangsa jenayah sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual II, III dan IV; 

“Jumaah Ulama” maknanya Jumaah Ulama yang ditubuhkan di bawah seksyen 12 Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu
Kelantan 1966; 

“Mahkamah” maknanya Mahkamah Bicara Syariah Khas dan Mahkamah Rayuan Syariah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian VI; 

“Penjara” termasuklah perintah menghadkan seseorang pesalah tinggal dalam satu kawasan atau daerah dalam negeri; 

“mohsan” dan “ghairu mohsan” maknanya adalah sama seperti yang ditakrifkan dalam seksyen 10(2);

“mukallaf” maknanya seseorang yang sudah mencapai umur 18 tahun dan sempurna akalnya; 

“nisab” maknanya suatu jumlah wang yang bersamaan dengan harga emasa semasa seberat 4.45 gram atau suatu jumlah wang yang akan
ditetapkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan dari semasa ke semasa mengikut hukum Syarak; 

“qisos” maknanya hukuman balas balik dan persamaan yang digunakan untuk mengkukum kesalahan melakukan kematian dan cedera
jasmani ke atas seseorang; 

“Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri” maknanya Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri yang ditubuhkan di bawah Perkara LXI Undang-undang
Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Pertama); 

“wali” maknanya waris mangsa jenayah yang berhak memaafkan pesalah yang melakukan kesalahan ke atas mangsa jenayah itu; 

(2) Bagi mengelakkan keraguan tentang 
indentiti perkataan atau perbahasaan yang digunakan dalam Enakmen ini yang disenaraikan dalam Jadual I, rujukan bolehlah dibuat kepada
skrip Bahasa Arab perkataan-perkataan dan perbahasan itu yang ditunjukkan bersetentangan dengannya dalam Jadual itu. 

(3) Semua perkataan, perbahasan, tafsiran dan 
rangkaikata yang digunakan dalam Enakmen ini tetapi tidak ditakrifkan didalamnya, hendaklah disifatkan mempunyai makna yang diberi
terhadapnya dalam Akta Tafsiran 1948 dan 1967 jika tidak bertentangan dengan hukum Syarak. 

3. Semua kesalahan di bawah Enakmen ini adalah dibahagikan kepada tuga jenis iaitu: 
(a) Kesalahan-kesalahan yang mana hukumannya telah ditetapkan oleh Al-Quran Al-Karim dan Sunnah. Kesalahan-kesalahan itu dipanggil
dengan nama kesalahan-kesalahan hudud dan hukumannya dinamakan hukuman hudud; 
(b) Kesalahan-kesalahan yang tertakluk kepada qisos yang jiga ditetapkan oleh Al-Quran Al-Karim dan Sunnah; kesalahan-kesalahan itu
dinamakan kesalahan-kesalahan qisos dan hukumannya dinamakan hukuman qisos; dan 
(c) Jadual tertentu adalah rujukan mengenai sesuatu Bahagian atau seksyen atau subsekyen atau Jadual tertentu dalam Enakmen ini. 

(4) Melainkan jika kangungan syaratnya menghendaki makna yang lain apa-apa rujukan dalam Enakmen ini mengenai sesuatu Bahagian
atau seksyen atau subseksyen atau 
Kesalahan-kesalahan yang lain daripada kesalahan-kesalahan hudud dan kesalahan-kesalahan qisos, tetapi hukumannya diserahkan kepada
budi bicara badan perundangan atau mengikut Enakmen ini hukumannya diserahkan kepada budi bicara Mahkamah. Kesalahan-kesalahan
itu dinamakan kesalahan-kesalahan ta’zir dan hukumannya dinamakan hukuman ta’zir: 
Dengan syarat bahawa apabila sesuatu kesalahan hudud atau qisos tidak boleh dihukum dengan hukuman hudud atau hukuman qisos kerana
tidak dapat memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki bagi hukuman-hukuman itu, maka kesalahan itu adalah menjadi suatu kesalahan ta’zir
dan hendaklah ia dihukumkan demikian. 

BAHAGIAN I 
Kesalahan-Kesalahan Hudud 
4. Kesalahan-kesalahan hudud adalah seperti berikut: 
a) sariqah (memcuri); 
b) hirabah (merompak); 
c) Zina (melakukan persetubuhan haram); 
d) qazaf (membuat tuduhan bahawa seseorang itu melakukan zina yang mana tuduhan itu tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi); 
e) syurd (meminum arak atau minuman yang memabukkan); dan 
f) irtidad atau riddah (keluar daripada agama Islam). 

5. Sariqah adalah perbuatan memindah dengan cara bersembunyi harta alih daripada jagaan atau milikan tuannya tanpa persetujuan tuannya
yang mana perbuatan itu dilakukan dengan niat hendak menghilangkan harta itu daripada jagaan atau milikan tuannya. 

6. Sesiapa melakukan sariqah, melainkan dalam keadaan yang dinyatakan dalam seksyen 7, hendaklah dihukum dengan hukuman hudud
seperti berikut: 
a) bagi kesalahan pertama dengan dipotongkan tangan kanannya; 
b) bagi kesalahan yang kedua dengan dipotongkan kaki kirinya; dan 
c) bagi kesaalaahan-kesalahan yang ketiga dan berikutnya dengan dipenjarakan selama tempoh yang difikirkan patut oleh Mahkamah untuk
menjadikan pesalah itu sedar dan sesaal. 

7. Hukuman dudud kerana kesalahan sariqah tidak boleh dikenakan dalam keadaan yang berikut: 
a) apabila nilai harta yang dicuri itu kurang apabila kesalahan itu tidak dapat dibuktikan dengan keretangan yang dikehendaki di bawah
peruntukan-peruntukan Bahagian III; 
b) apabila pesalah itu bukaan mukallaf; 
c) apabila tuan punya harta yang dicuri itu tidak mengambil langkah yang cukup untuk menjaga harta itu daripada kena curi, memandangkan
kepada keadaan harta itu dan tempat ia disimpan atau ditinggalkan; 
d) apabila pesalah itu belum lagi mendapat milik yang sepenuhnyaa terhadap harta yang dicuri itu, walaupun tuan punya tidak lagi mempunyai
jagaan dan milikan ke atas harta tersebut; 
e) apabila harta yang dicuri adalah daripada jenis harta yang tidak bernilai dan boleh didapati dengan banyaknya di merata-rata tempat
ataupun daripada jenis harta yang mudah musnaah; 
f) apabila harta yang dicuri tidak mempunyai apa-apa nilai mengikut hukum Syarak seperti minumaan yang memabukkan atau alat-alat
huburan; 
g) apabila kesalahan mencuri itu dilakukan oleh pemberi hutang ke atas harta orang yang berhutang dengan yang enggan membayar hutang
itu; 
Dengan syarat bahawa nilai harta yang dicuti itu tidak melebihi jumlah hutang atau nilai harta yang dicuri itu melebihi jumlah hutang tetapi
tidak melebihi nisab. 
h) apabila kesalahan itu dilakukan dalam keadaan yang amat mendesak, seperti peraang, kelaparan, penyakit dan bencana alam; 
i) apabila kesalahan itu berlaku dalam keluarga seperti isteri mencuri daripada suaminya dan sebaliknyaa atau anak mencuri daripada
bapanya dan sebaliknya; 
j) apabila kesalahan itu dilakukan oleh sekumpulan orang yang mana bahagian yang diperolehi oleh tiap-tiap seorang daripada pesalah itu
setelah dibahagikan harta yang dicuri datau hasilnya sesama mereka adalah kurang daripada nisab; 
k) apabila pesalah itu mengembalikan harta yang dicuri itu sebelum hukuman hudud dilaksanakan; 
l) apabila tuan punya harta yang dicuri itu tidak mengaku bahawa hartanya telah dicuri, walaupun pesalah itu telah membuat iqrar mencurinya;

m) apabila pesalah itu membuat bantahan yang boleh diterima olah hukum syarak terhadap saksi-sakri; dan 
n) apabila harta yang dicuri itu atau keadaan dalam mana kesalahan itu dilakukan mengikut hukum Syarak tidak ada hukuman hudud yang
boleh dikenakan ke atasnya. 

8. Hirabah adalah perbuatan merampas harta orang lain dengan kekerasan atau dengan ugutan hendak menggunakan kekerasan yang
dilakukan oleh seseorang atau sekumpulan orang-orang yang bersenjatakan apa-apa senjata atau alat yaang boleh digunakan sebagai
senjata. 

9. Sesiapa melakukan hirabah hendaklah dihukum dengan hukuman hudud seperti berikut: 
a) dihukum bunuh dan selepas itu disalibkan, jika mangsa kesalahan itu dibunuh dan hartanya atau harta orang lain diambil; 
b) dihukum bunuh sahaja, jika mangsa kesalahan itu dibunuh dengan tidak ada apa-apa harta yang telah diambil; 
c) dihukum potong tangan kanan dan kaki kirinya, jika hartaa sahaja yang diambil dengan tidak menyebabkan kematian mangsa atau
mencederakannya; tetapi sekiranya harta-harta diambil dan kecederan dilakukan ke atas mangsanya, maka diyat atau irsy hendaklah dibayar
sebagai tambahan kepada hukuman potong tangan dan kaki yang mana jumlah diyat atau irsy itu hendaklah tertakluk kepada apa yang
munasabah memandangkan kepada jenis dan keadaan kecederaan yang dilakukan itu sebagaimana yang ditentukan dalam Jadual II, III dan
Iv; dan 
d) dipenjarakan selama tempoh yang difikirkan patut oleh Mahkamah yang akan membawa pesalah itu kepada kesedaran dan kesalan,
sekiranya ugutan sahaja digunakan dengan tidak mengambil apa-apa harta atau tidak menyebaabkan apa-apa kecederaan. 

10. (1) Zina ialah suatu kesalahan yang merupakan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan yang bukan pasangan
suami isteri dan persetubuhan itu tidak termasuk dalam takrif “wati syubhah” sebagaimana yang dinyatakan dalam subseksyen (3). 
(2) Jika pesalah itu sudah berkahwin dengan sah dan telah menikmati persetubuhan dalam perkahwinan itu, maka pesalah itu dinamakan
“mohsan” tetapi apabila pesalah itu belum berkahwin atau sudah berkahwin belum merasaai nikmat persetubuhan dalam perkahwinan itu
maka pesalah itu dinamakan “ghairu mohsan”. 
(3) Wati syubhah ialah pesetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki dengan seorang perempuan bukan isterinya dan persetubuhan itu
dilakukan. 
a) dalam keadaan yang meragukan

a) dalam keadaan yang meragukan dalam mana dia menyangka bahawa perempuan yang disetubuhinya itu ialah isterinya, sedangkan
perempuan itu bukan isterinya; atau 
b) dalam keadaan yang meragukan dalam mana dia menyangka bahawa perkahwinannya dengan perempuan yang disetubuhi olehnya itu
adalah sah mengikut hukum Syarak, sedangkan pada hakikatnya perkahwinnya itu adalah tidak sah. 

11. (1) Jika pesalah yang melakukan zina itu mohsan, maka pesalah itu hendklah dihukum dengan hukuman rejam, iaitu dilontar dengan batu
yang sederhana besarnya sehingga mati. 
(2) Jika pesalah yang melakukan zina itu ghairu mohsan, maka pesalah itu hendaklah dihukum dengan hukuman sebat sebanyak seratus
sebanyak seratus kali sebatan dan sebagai tambahan hendaklah dipenjara selama satu tahun.

12. (1) Qazaf ialah sesuatu kesaalahan membuat tuduhan zina yang tidak dibuktikan oleh empat orang saksi, terhadap seseorang Islam
yang akil baligh dan dikenali sebagai seorang yang bersih diri daripada kelakuan zina. 
(2) Qazaf juga boleh dilakukan dengan membuat suatu penyataan dengan cara yang nyata seperti menyatakan bahawa seseorang itu telah
melakukan zina atau dengan cara tersirat seperti menyatakan bahawa seseorang itu bukannya bapa ataupun bukannya anak kepada
seseorang yang tertentu. 
(3) Penyataan di bawah subseksyen (2) adalah dianggapkan sebagai qazaf melainkan ia dibuktikan dengan empat orang saksi lelaki, dan
jika penyataan itu tidak boleh dibuktikan sedemikian maka orang yang membuat tuduhan itu adalah melakukan kesalahan qazaf; tetapi
sekiranya penyataan itu dibuktikan, maka orang yang terhadapnya kenyataan itu dibuat adalah melakukan kesalahan zina. 
(4) Suatu penyataan di bawah subseksyen (2) adalah dianggap tidak terbukti, sekiranya seseorang atau beberapa orang saksi yang
berempat yang dipanggil untuk memberi keterangan menyokong penyataan itu dengan memberi keterangan atau jika keterangan itu diberi,
keterangan itu bercanggah dengan penyataan itu; dan dalam hal yang seperti itu maka tiap-tiap orang saksi yang memberi keterangan yang
menyokong penyataan itu hendaklah dianggapkan telah melakukan kesalahan qazaf. 

13. Sesiapa yang melakukan keslahan qazaf hendaklah dihukum dengan hukuman sebat sebanyak lapan puluh kali sebatan dan
keterangannya sebagai saksi tidak boleh diterima lagi sehingga dia bertaubat atas perbuatannya itu. 

14. (1) Al-li’an ialah sesuatu tuduhan zina secara bersumpah yang dibuat oleh seorang suami terhadap isterinya manakala isterinya pula
dengan secara bersumpah menolak tuduhanan itu, yang mana tuduhan itu dan penolakkannya adalah dibuat dihadapan seorang hakim
dengan menyebutkan kata-kata yang menurut hukum Syarak cukup untuk membuktikan al-li’an; dan kata-kata itu hendaklah seperti yang
terkandung dalam subseksyen (2). 
(2) Suami yang membuat tuduhan itu hendaklah melafazkan empat kali berturut-turut lafaz berikut: 
“Aku bersaksi dengan Allah bahawa aku bercakap benar bahawa aku menuduh isteriku….. berzina.” 
(3) Apabila genap empat kali dia mengulang-ulangkan lafaz yang terkandung dalam subseksyen (2), maka dia hendaklah menyebut lafaz
yang kelima dengan berkata: 
“La’nat Allah akan jatuh ke atasku sekiranya aku bercakap bohong”. 
(4) Bagi menolak tuduhan itu, maka isterinya hendaklah pula melafazkan empat kali berturut-turut lafaz yang berikut: 
“Aku bersaksi dengan Allah bahawa suami …… adalah bohong membuat tuduhan zina ke atasku”. 
(5) Apabila genap empat kali dia mengulang-ulang lafaz yang dinyatakan dalam subseksyen (4), maka dia hendaklah menyebut lafaz yang
kelima dengan berkata: 
“Kemurkaan Allah akan jatuh ke atasku sekiranya suamiku bercakap benar”. 
(6) Jika isteri itu telah melahirkan anak atau sedang hamil yang dianggap sebagai hasil daripada zina yang dituduh oleh suaminya, maka suami
itu hendaklah menafikan menjadi bapa kepada anak yang sudah dilahirkan itu atau yang masih dikandung itu dengan menambah kepada lafaz
di bawah subseksyen (2) yang mesti diulang empat kali sebutannya, lafaz yang berikut: 
“Bahawa anak ini/apa yang dikandung oleh isteri aku bukanlah daripada aku”. 

15. Apabila suatu pasangan suami isteri malakukan al-li’an untuk menyelesaikan tuduhan zina di antara mereka berdua, maka suaminya
tidaklah bersalah melakukan qazaf dan isterinya tidaklah pula bersalah melakukan zina; dan kedua-duanya terlepas daripada hukuman bagi
kesalahan tersebut; tetapi perkahwinan mereka dengan secara sendirinya dan dengan serta merta menjadi bubar, dan hakim hendaklah
menceraikan mereka, dan pasangan itu selama-lamanya tidak lagi boleh berkahwin semula dan jika selepas itu mereka melakukan
persetubuhan, maka perbuatan itu adalah haram dan persetubuhan itu adalah zina. 

16. Liwat ialah suatu kesalahan yang merupakan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain atau di antara seorang
lelaki dengan seorang perempuan selain daripada isterinya yang dilaakukan di luar tabii iaaitu melalui dubur. 

17. Sesiapa melakukan kesalahan liwat hendaklah dihukum dengan hukuman yang sama seperti yang ditetapkan bagi zina. 

18. Kesalahan liwat hendaklah dibuktikan dengan cara yang sama dengan cara yang diokehendaki untuk membuktikan zina. 

19. (1) musahaqah adalah suatu kesalahan ta’zir yang merupakan suatu perbuatan memuaskan nafsu seks di antara perempuan dengan
perempuan dengan menggeselkan faraj dengan faraj mereka bedua dan hukumannya adalah terletak kepaada budi bicara Mahkamah. 
(2) Kesalahan itu bolehlah dibuktikaan dengan cara yang sama dengan cara yang dikehendaki untuk membuktikan kesalahan ta’zir. 

20. Ittiyan almmaitah ialah suatu kesalahan kerana melakukan persetubuhan dengan mayat, sama ada mayat itu mayat lelaki atau mayat
perempuan, daan jikaa mayat itu mayat perempuaan sama ada mayat itu mayat isteri pesalah itu atau mayat perempuan yang lain; dan
sesiapa yang melakukan kesalahan ini bolehlah dihukum dengaan hukuman ta’zir dengan dipenjarakan selaama tempoh yang tidak melebihi
lima tahun. 

21. Ittiyan albahimah ialah suatu kesalahan kerana melakukan persetubuhan dengan binatang; dan sesiapa yang melakukan kesalahan ini,
bolehlah dihukum dengan hukuman ta’zir dengan dipenjarakan tidak melebihi daripada lima tahun. 

22. (1) Syurb adalah kesalahan meminum arak atau sebarang minuman yang memabukkan; dan sesiapa yang melakukan kesalahan ini, sama
ada dia mabuk atau tidak, dan tanpa mengira kuantiti yang diminumnya hendaklah dikenakan hukuman sebat yang tidak lebih daripada lapan
puluh kali sebatan dan tidak kurang daripada empat puluh kali sebatan. 
(2) Kesalahan itu bolehlah dibuktikan dengan 
keterangan lisan yang diberi oleh dua orang saksi atau dengan iqrar yang dibuat oleh tertuduh itu sendiri sebagaimana yang diperuntukan
dalam Bahagian III. 

23. (1) Irtidad ialah apa-apa perbuatan yang dilakukuan atau perkataan yang disebutkan oleh seorang Islam yang mukallaf yang mana
perbuatan atau perkataan itu mengikut hukum Syarak adalah menjejaskan atau berlawanan dengan ‘aqidah ugama Islam: 
Dengan syarat bahawa perbuatan itu dilakukan atau perkataan itu sisebutkan dengan niat, dengan sukarela dan dengan pengetahuan, dan
tanpa apa-apa paksaan oleh sesiapa atau oleh keadaan. 
(2) Perbuatan-perbuatan atau perkataan- 
perkataan yang menjejaskan ‘aqidah itu ialah perbuatan-perbuatan atau perkataan-perkataan asas yang dianggapkan mesti diketahui dan
dipercayai oleh tiap-tiap orang Islam sebagai pengetahuan umumnya kerana dia orang Islam seperti perkara-perkara mengenai Rukun Islam,
Rukun Iman dan perkara-perkara halal dan haram. 
(3) Sesiapa yang disabitkan melakukan 
kesalahan irtidad, hendaklah sebelum dijatuhkan hukuman ke atasnya dikehendaki oleh Mahkamah supaya bertaubat dalam tempoh yang
tidak kurang daripada tiga hari setelah dia didapati salah. 
(4) Sekiranya dia enggan bertaubat dan 
masih lagi berterusan dengan pendiriannya terhadap perbuatan yang dilakukan atau perkataan yang disebutkan itu, maka mahmakah
hendaklah menistiharkan hukuman bubuh ke atasnya dan memerintahkan supaya hartanya sama ada diperolehi sebelum atau selepas dia
melakukan kesalahan itu dirampas untuk dipegang bagi keperluan Baitul-ma: 
Dengan syarat bahawa sekiranya dia bertaubat sama asa sebelum dijatuhkan hukuman bunuh ke atasnya atau selepas sijatuhkan hukuman
itu ke atasnya tetapi belum dijalankan lagi hukuman itu, maka hendaklah dia terlepas daripada hukuman bunuh, dan hartanya yang dihukum
rampas itu hendaklah dipulangkan kepadanya: 
Dengan syarat selanjutnya bahawa dia hendaklah dipenjarakan selama tempoh yang tidak melebihi lima tahun. 

BAHAGIAN 11 
Qisos 

24. Qisos dan diyat kedua-duanya hendaklah dikenakan ke atas kesalahan-kesalahan menyebabkan kematian manusia dan menyebabkan
kecederaan badan. 

25. Mematikan manusia adalah terbahagi kepada tiga jenis: 
a) qatl-al-‘amd (menyebabkan kematian dengan sengaja hendak membunuh); 
b) qatl-syibhi-al-‘amd (menyebabkan kematian menyerupai qatl-al-‘amd); 
dan 
c) qatl-al-khata’ (menyebabkan kematian dengan tidak sengaja). 

26. (1) Sesiapa menyebabkan kematian seseorang dengan melakukan suatu perbuatan dengan niat untuk menyebabkan kematian atau
kecederaan badan yang pada kebiasaanya memadai atau mingkin akan menyebabkan kematian; atau dengan melakukan suatu perbuatan
dengan pengetahuan bahawa perbuatannya itu adalah sebegitu sekali berbahaya hingga mungkin sekali menyebabkan kematian, adalah
melakukan qatl-ai-‘amd. 
(2) Sesiapa melakukan suatu perbuatan 
dengan niat atau dengan pengetahuan bahawa perbuatannya mungkin akan menyebabkan kematian, telah menyebabkan kematian
mana-mana orang yang kematiannya dia tidak berniat untuk menyebabkan atau tidak tahu mungkin akan menyebabkan, adalah juga
melakukan qatl-al-‘amd. 

27. (1) Kecuali seperti yang diperuntukkaan di bawah subseksyen (2), sesiapa melakukan qat-al-‘amd hendaklah dihukum bunuh sebagai
hukuman qisos. 
(2) Hukuman bunuh di bawah subseksyen 
tidak akan dikenakan apabila: 
a) Kesalahan itu tidak dibuktikan dengan keterangan yang dikehendaki di bawah Bahagian III; atau 
b) Walaupun ada bukti itu, tetapi wali telah meremit hukuman qisos itu. 

28. Seseorang wali itu boleh pada bila-bila masa sebelum hukuman bunuh sebagai hukuman qisos dijalankan, mengampunkan pesalah itu
sama ada dengan membayar diyat atau tidak; dan sekiranya pengampunan itu diberi dengan bayaran diyat, maka diyat itu hendaklah dibayar
dengan sekali gus sahaja atau dengan beransur-ansur dalam tempoh tiga thuan mulai daripada tarikh keputusan yang terakhir dan sekiranya
dalam tempoh itu pesalah itu mati, maka diyat itu hendaklah dibayar daripada pesaka pesalah itu. 

29. Apabila hukuman bunuh sebagai hukuman qisoos tidak boleh ikenakan, maka pesalah itu bolehlah dikenakan hukuman ta’zir dengan
dipenjarakan seumur hidup atau tertakluk kepada hal keadaan kes, seberapa lama yang difikirkan oleh Mahkamah akan membawa pesalah
itu kepada kesedaran dan penyesalan. 

30. Sesiapa dengan niat hendak melakukan kecederaan kepada tubuh badan akan akal fikiran seseorang telah menyebabkan orang itu atau
orang lain mati dengan melakukan suatu perbuatan sama ada dengan menggunakan senjata atau tidak dan perbuatan itu pada kebiasaanya
tidak mungkin menyebabkan kematian, adalah melakukan qatl-syibhi-al-‘amd. 

31. Sesiapa melakukan qatl-syibihi-al-‘amd hendaklah membayar diyat kepada wali mangsanya dan sebagai tambahan bolehlah dikenakan
hukuman ta’zir dengan dipenjarakan bagi suatu tempoh yang tidak melebihi empat belas tahun. 

32. Sesiapa tanpa nilat hendak menyebabkan kematian atau kecederaan telah menyebabkan kematian seseorang dengan melakukan sesuatu
perbuatan yang tidak disangka boleh menyebabkan orang itu, adalah melakukan qatl-al-khata’. 

33. Sesiapa melakukan qatl-al-khata’ hendaklah membayar diyat kepada wali mangsa kesalahan itu dan boleh dikenakan hukuman ta’zir
dengan dipenjarakan selama satu tempoh yang tidak melebihi sepeluh tahun. 

34. Sesiapa menyebabkan kesakitan, mudarat, penyakit, kelemahan atau kecederaan kepada seseorang, atau melemahkan atau merosakkan
atau menghilangkan fungsi semua anggota tubuh badan seseorang atau sebahagian daripadanya dengan tidak menyebabkan kematian orang
itu, hendaklah dikatakan telah menyebabkan kecederaan badan. 

35. (1) Sesiapa menyebabkan badan kepada seseorang maka dia hendaklah dihukum dengan hukuman qisos oaotu dengan dikenakan
kecederaan yang sama seperti kecederaan yang telah dilakukannya kepada mangsanya dan sekiranya hukuman qisos itu tidaak dapat
dikenakan atau tidak dapat dilaksanakan dengan syarat-syaarat yang dikehendaki oleh hukum Syarak tidak dipenuhi maka pesalah itu
hendaklah membayar irsy kepada mangsanya dan bolehlah dikenakan hukuman taa’zir dengan dipenjarakan. 
(2) Banyaknya irsy yang mesti dibayar dan 
tempoh hukuman penjara yang akan dikenakan hendaklah mengikut apa yang ditetapkan oleh hukum Syarak, dan hendaklah berbeza-beza
mengikut keadaan dan keparahan dan jenis kecederaan yang dilakukan kepada mangsanya dan juga keadaan dalam mana kesalahan itu
dilakukan. 

36. Bagi tujuan menjatuhkan hukuman, kecederaan badan hendaklah dibahagikan seperti berikut: 
a) itlaf-as-udhw (menyebabkan putus mana-mana anggota badan atau kecederaan sesuatu bahagian atau anggota tubuh badan). 
b) itlaf-solahayyatu-al-udhw (menyebabkan kebinasaan atau kelemahan selama-lamanya fungsi atau kegunaan sesuatu anggota badan atau
merosakkan rupa anggota itu selama-lamanya); 
c) Syajjah (menyebabkan kecederaan di kepala atau muka yang mana kecederaan itu tidak termasuk dalam takrif atlaf-al-udhw atau itlaf
solahiyyatu-al-udhw); 
d) jurh (menyebabkan luka kepada mana-mana bahagian badan selain daripada kepada dan muka yang mana luka itu meninggalkan ssuatu
tanda atau parut sama ada sementara atau kekal); dan 
e) kesemua kecederaan badan yang lain. 

37. Hukuman qisos tidak boleh dikenakan dalam kes-kes yang berikut: 
a) apabila pesalah yang melakukan kesalahan qisos itu mati; 
b) apabila anggota yang hendak dikenakan hukuman qisos itu sudah tidak berfungsi atau tidak berupaya lagi; 
c) apabila kemaafan diberi oleh mangsa pesalah itu atau oleh walinya; atau 
d) apabila penyelesaian (solh) atau persetujuan di antara mangsa dan pesalah telah dibuat. 

38. Apabila hukuman qisos tidak dikenakan maka 
a) tempoh hukuman penjara sebagai hukuman ta’zir kerana melakukan itlaf-al-udhw dan itlaf-solahiyyatu-al-udhw adalah sepuluh tahun; dan
irsy yang akan dikenakan bayarannya kerana melakukan kecederaaan itu hendaklah sebegaimana yang ditentukan dalam Jadual II; 
b) Tempoh hukuman penjara sebegai hukuman taa’zir dan irsy yaang akan dikenakan bayarannya kerana melakukan syajjah hendaklah
sebegaimana yang ditentukan dalam Jadual III; dan 
c) tempoh hukuman penjara sebagai hukuman taa’zir dan irsy yaang akan dikenakan bayarannya kerana melakukan jurh hendaklah seeperti
yang ditentukan dalam Jadual IV. 

<<<>>>

Posted on Jan 15, 1999, 3:39 PM
from IP address 132.233.247.5

Respond to this message   

Goto Forum Home

Create your own forum at Network54

 Copyright © 1999-2014 Network54. All rights reserved.   Terms of Use   Privacy Statement  mana dia menyangka bahawa perempuan yang disetubuhinya itu ialah isterinya, sedangkan

 Copyright © 1999-2014 Network54. All rights reserved.   Terms of Use   Privacy Statement