Bila baca tajuk dan anda bayangkan Rosmah Mansor, sepatutnya anda bangga kerana fikiran anda begitu ekstrim dengan politik dan tidak memikirkan hal lain. Kerana saya juga boleh bayangkan Wan Azizah mengalami trauma akibat minat suaminya pada ‘belakang’ atau ‘kerana tergelincir’ dan anaknya Nurul Izzah yang dah jadi janda..

Saya tidak mahu ceritakan hal orang, bila saya cakap hal orang, orang suruh muhasabah diri sendiri pula, jadi lebih baik saya ceritakan hal saya. Tak kiralah penulisan saya seperti darjah enam atau budak tadika, tapi saya nak terangkan hal yang saya rasa patut di kongsi.

Bagi yang mengenali saya, anda merindu pada saya? Walau anda isteri orang atau tunangan orang? Anda pernah bersama saya ketika di sekolah atau di tempat kerja? Anda merasakan saya bagaimana?

Jika anda tak kenal saya, adakah anda akan terus mencintai saya ketika pertama kali bertemu?

Tapi saya mempunyai niat yang agak rumit nak diterangkan jika melibatkan hal hukum agama. Terutama hal perempuan ataupun wanita. Kerana saya sedaya upaya akan cuba menghormati seorang perempuan atau wanita sedaya upaya saya. Akan buat dia selesa bila bersama saya. Akan hiburkan hatinya jika dia berduka, akan cuba memberi khidmat nasihat sekiranya di minta. Tapi setakat nasihat sahaja. Selebihnya saya tak mampu.

Jika dua puluh ribu nilai hantarannya, mana mungkin untuk saya jatuh cinta dan mengambilnya sebagai isteri. Kerana di setengah negeri, saya boleh nikah empat sekaligus dengan nilai tersebut. Tapi mengapa saya nak bazirkan air mani saya pada hal yang tidak sepatutnya?

Mengapa saya sebut air mani? Kerana hubungan lelaki dan perempuan itu adalah kerana nafsu dan seksnya. Jika tiada seks, bagi saya adalah ‘buang masa’ dalam bentuk hubungan intim.

Saya tak mahu cerita berapa kali saya boleh main dalam tempoh satu malam atau berapa kali saya boleh ulang dalam tempoh berapa jam. Kerana bilangan itu juga bukan dalam fikiran saya untuk menerangkan hal perempuan.

Sebenarnya saya hanya nak menulis dan memberitahu, bahawa dunia ini dikuasai oleh perempuan. Walau hebat macam mana pun seorang lelaki, akan tunduk pada perempuan. Tak kira apa bidang pun. Lelaki kalah pada perempuan.

Telah dinyatakan di dalam Al Quran. Bahawa kelemahan seorang perempuan adalah harta / barang perhiasan manakala kelemahan seorang lelaki adalah pada perempuan dan beberapa perempuan lain. Jika dah ada seorang perempuan, akan kalah lagi pada perempuan lain, jika dah dua kali kalah pada perempuan akan kalah dan kalah lagi pada setiap perempuan yang ditemui..

Percayalah! Rupanya lelaki dah lama kalah dengan perempuan! Walau lelaki itu berharta mahupun tidak berharta!