Bagaimana kerajaan nak ambil cukai dari orang kampung? Kerajaan di katakan zalim kerana mengenakan cukai GST dengan kadar 6% dan ianya membebankan orang kampung.

1. Kedai runcit
2. Stesen minyak
3. Gas
4. Elektrik, air dan telefon

Atau sektor yang mana, kerajaan boleh ambil cukai / GST?

1. Tanam sayur, pokok buahan,
2. Bela ayam, itik, kambing dan lembu
3. Buat rumah sewa / homestay
4. Buka kilang kerepek, baulu,
5. Buka bengkel motorsikal / kereta
6. Pusat cuci kereta
7. Jual batu nesan

Bagaimana kerajaan nak tentukan kadar jualan yang di lakukan pada orang kampung atau kadar perkhidmatan?

1. Gali kubur
2. Upah menebang / menebas / panjat pokok
3. Kolam memancing ikan
4. Baca talkin, imamkan solat jenazah
5. Memimpin tahlil / doa selamat

Bagaimana kerajaan nak tentukan industri yang dikatakan dalam kategori orang kampung jika hadir ke kenduri, bertukar berbalas hidangan makanan, ceramah agama dan seerti.

Bukankah cukai di kutip dari sektor yang didaftarkan? Bagaimana barang yang layak kena cukai dan barangan yang tidak layak kena cukai.

Adakah orang kampung mengunakan kenderaan mewah, makanan mewah di hotel, menonton wayar 3D atau orang kampung bebas dari unsur perjudian seperti tikam nombor ekor atau dikenakan cukai terhadap anak-anak untuk masuk sekolah dan menggunakan masjid atau surau bagi tujuan keramaian?

Transaksi perniagaan yang berlaku di kampung sebenarnya di pantau oleh siapa jika kita membeli keperluan pada orang yang dikenali seperti beli pisang dari penanam pisang, beli ikan dari nelayan dan beli roti dari pembuat / penjual roti.

Saya juga orang kampung, tapi saya tak nampak 6 atau 10 % cukai yang dikenakan itu melebihi dari keperluan. Atau orang kampung tak pernah beli kenderaan seperti motosikal dan kereta secara tunai dan tak pernah beli secara hutang?

Cukai GST pada sebuah kereta mungkin lebih tinggi dari biasa kerana setiap komponen dalam kereta dikenakan cukai. Tapi apa salahnya jika kita terima bahawa itu sajalah jenis cukai yang kita rasa terbeban. Tapi bagaimana menyokong orang gaji 3 ribu ringgit pula memiliki kereta yang mewah berbanding rakat sejawat.

Bagaimana ayam yang bertelur dan kambing lembu yang beranak itu akan kita kenakan cukai? Bagaimana amalan-amalan harian yang terbentuk di kampung akan mengkayakan pemimpin kerajaan atau kita menjana kekayaan seseorang?

Bagaimana kadar zakat itu berlaku di kampung? Bagaimana zakat di agih dan selia pada orang yang layak? Berbeza sangat kah peranan Amil dan kerajaan?

Mengapa tak mahu berfikir dan letak hal yang benar di jalannya?

Advertisements