Ketika mula-mula majlis peguam dan hak asasi turun ke jalan dan mendakwa mereka bukan badan politik. Saya sudah nyatakan hala tuju mereka dalam pengkisahan pembentukan negara. Mereka menggunakan hak bukan islam dan hak bukan melayu sebagai kumpulan dhimmi atau hak minoriti yang tertindas sebagaimana mereka yang bukan islam memperjuangan badan-badan NGO.

Nampak kecil dan tidak mengganggu perjalanan pemerintahan negara pun. Mereka hanya menuntut hak mereka yang sedikit. Mereka mahu hak mereka untuk pilih agama. Mereka mahu hak mereka pilih pasangan seks mereka, mereka mahu hak mereka untuk berharta dan menjalankan urusan yang kononnya memperjuangkan hak asasi bukan islam dan bangsa lain.

Pihak yang perlukan sokongan politik, mereka yang nampak usaha pihak berkepentingan dalam menjadikan Malaysia sebagai negara yang bebas dari UMNO adalah mereka yang sedar dan percaya bahawa Islam itu di dinaungi oleh bangsa melayu yang islam. Mereka yang berlogokan parti islam pula, memiliih untuk menolak UMNO kerana kekayaan dan kekeluargaan dalam Barisan Nasional.

UMNO di gambarkan sebagai zalim, kafir, sosialis, kapitalis, dan pelbagai ideologi kerana mahu UMNO di hapuskan dari kuasa politik semasa.

Future of Music pula di gambarkan pesta yang di benarkan oleh kerajaan. Padahal hal kebebasan dan hak bersuara mereka adalah seperti yang mereka mahukan! Memperjuangkan hak-hak dan perkara yang seperti ini. Hak bukan Islam. Manakala majlis seperti Selawat Perdana pula di gambarkan sebagai usaha kerajaan nak menidakkan keputusan mahkamah dan peristiwa pesawat hilang. Itu juga dikatakan berupa agenda politik UMNO.

Apa kata parti logo islam! Kajang hanya PKR yang bertanding. Mengapa PAS tiada? PAS masih percaya pada negara kebajikan? Mengapa tuding jari pada penganjur? Jika kerajaan tidak bercampur-campur dengan Pakatan Rakyat, agak-agak kerajaan BN akan meluluskan hal konsert sedemikian?

Dulu mungkin hanya Kelantan sebagai negeri PAS, tapi kini di panggil negeri Pakatan Rakyat. Kelantan dengan kuasa PAS, Selangor dengan kuasa PKR dan Pulau Pinang dengan kuasa DAP. Di mana kesepakatan Pakatan Rakyat?

UMNO masih di kafirkan kerana kerjasama dengan MCA & MIC, tapi UMNO masih mampu memerintah walau hilang majoriti.

Saya tidak terkesan dengan kemenangan BN atau MCA di Kajang. Saya boleh agak Dr Wan Azizah tetap akan menang walau tak nampak muka. Kerana orang-orang yang menyokong Pakatan Rakyat bukan boleh berfikir pun..