Revolusi! Itu kata perjuangan dan penulis riwayat! Beratus tahun lalu, sama ada Empayar Othmani atau revolusi Turki, memisahkan kan Sultan, memisahkan Khalifah, memisahkan demokrasi atau mengekang demokrasi dengan nama agama.

Atas dasar pemahaman liberal barat, dan agama sebagai candu kepada rakyat, atau pemahaman komunis, anggapan saya kesesuaian pada agama kita iaitu Islam adalah sesuatu yang sukar di fahami dan di gabungkan. Jika penulisan atau penceritaan seperti kejadian-kejadian yang di tulis oleh penulis riwayat. Maksudnya akan difahami secara berbeda-beda.

Yang betul nya pada pemikiran saya, pada masyarakat pertentangan kelas yang sangat di runcing-runcingkan. Di antara yang berpunya dan tidak berpunya, di antara majikan dan pekerja, di antara agama dan pendeta ( ulama ). Memperkakaskan kaum berharta, bukan memperkasa, tapi memperkakas!

Begitu juga agama sebagai alat yang memujuk rakyat yang miskin, supaya sabar menderita kesengsaraan nasib, sebab nanti akan beroleh kerajaan syurga. Memberi pandangan bahawa Islam itu betul dalam masyarakat, dan yang tidak Islam itu tidak betul dalam masyarakat. Memberi jaminan bahawa hak milik perseorangan itu akan diberikan, di wajibkan pula atas kerajaan untuk memberi bantuan.

Di wajibkan pula oleh kerajaan agar orang perseorangan itu mengeluarkan sebahagian, dan beberapa bahagian lain untuk kerajaan. Sama ada sebagai zakat atau cukai.

Medan niaga hari ini, amal ibadat juga jadi bahan dagangan. Surah juga di perjual beli. Memberi ilmu juga ada harga. Memilih kerajaan juga di janjikan ganjaran pahala dan syurga.

Tapi dosa dan neraka pula dikaitkan dengan UMNO dan BN!

Kelas kau jah!!!

Advertisements