Saya baca tulisan mereka. Ada yang saya setuju dan ada yang saya tidak setuju. Tapi secara pukul ratanya, saya anggap kedua-duanya sama! Hanya umur yang membezakan zaman kehidupan mereka. Saya lahir setahun selepas Dr Maza. Manakala Dr Kassim pula dah hidup dua kali zaman sebelum saya lahir.

Pemikiran saya lebih kepada Dr Kassim. Bezanya adalah umur kami. Pendidikan kami. Dia boleh bergelar pemikir dan ahli akedemik / pengkaji riwayat yang hebat. Dah lebih 80 tahun masih menulis dan mengkaji ilmu dunia yang kian lusuh dan bakal bercerai nyawa dan badan. Manakala usia saya pula jadi sia-sia menjadi malaun tepi jalan yang wujud kerana perasaan ‘ujub dan riak’ dalam diri.

Harap Dato Hussamuddin tidak membatalkan hasrat pertemuan mereka berdua. Saya ingin turut serta dalam majlis diskusi berkaitan hadis dan kepercayaan mereka. Saya melihat mereka adalah sama! Cuma Dr Kassim lebih saya hormati penulisan nya kerana saya tidak dapat menyanggah setiap perkataannya. Manakala Dr Asri pula telah menolak segala teori berkaitan hadis dari saya. Dia telah halang saya menyertai mana-mana ruang sembang di media sosial facebook, twitter dan blog miliknya. Saya percaya tujuannya untuk mengelak berbicara hal yang tidak mendatangkan faedah pada dirinya.

Saya juga tidak bercadang bertanya apa-apa soalan pada majlis diskusi hadis tersebut. Cukup dapat hadir dan dengar sendiri sudah memadai.

Mesti saya ada akal fikiran juga, mereka dah bergelar, mereka memperjuangkan sesuatu yang sepatutnya kita semua adalah sebahagian. Iaitu Agama Islam. Hari ini mereka bercakap bahawa agama Islam yang di bawa oleh nenek moyang kita terdahulu adalah salah dan kini mereka ingin memperbetulkan kembali segala yang salah. Kisah hidup Nabi juga di ragui, malah nama Tuhan nama Allah pun kita masih tak dapat tentukan.

Agama lain juga menuntut hak beragama. Bangsa dan negara juga jadi sempadan yang memisahkan agama. Agama tidak lagi digunapakai. Undang-undang melibatkan agama boleh berubah-ubah.

Apa lagi dengan trend dan konteks negara berbilang bangsa dan agama dan budaya. Semua nak mudah dan jadikan semuanya sama dalam bahasa universal nya jadi global dan tanpa sempadan.

Dalam bahasa harian, kita semua mesti jadi ‘pendosa’ dahulu, sebelum menjadi ahli syurga. Kita perlu berbuat dosa dahulu, sebelum bertaubat dan mendekatkan diri dengan Allah. Bahasa moden yang kerap saya ulang-ulang pada orang hari ini.

Boleh jadi kita jadi pengkianat pada agama kerana kita berfikir perkara yang bukan-bukan dan tidak berfikir dan menepati ciri-ciri seorang Islam. Tak boleh juga meragui pandangan ahli / pemikir lain hanya kerana kita percaya pada fahaman sebuah bangsa dan budaya. Sedangkan bangsa yang kita anuti ini pun kita tak dapat selidik asal usulnya.

Sama ada syaitan dalam diri yang mengusai, atau ada malaikat yang menjaga hati, pemikiran dan lidah dari membicarakan sesuatu yang mengelincirkan kita dari agama.

Harap tak semua orang menjadi kafir dan menjadi penghuni neraka jika hanya ada kilasan di hatinya..

20140227-181458.jpg