Artikel itu menyebut, isu perumahan, pegawai perancang bandar & orang besar DBKL tidak membantu Melayu atas nama perkauman atau pihak berkuasa tempatan?

Alasan DBKL hanya menempatkan mereka atau golongan yang ‘mampu bayar’ sahaja, mengikut trend!

Saya langsung tidak membaca artikel tersebut sebagai perkauman atau kesalahan pada pihak DBKL selaku pihak berkuasa tempatan, tapi saya lihat sebagai kecuaian dalam mengubal undang-undang dan peraturan yang berlandaskan agama kerana sistem faraid dan kaedah agihan harta pusaka dalam masyarakat.

Saya tidak menentang dengan ‘sistem agama’ dalam kaedah pembahagian harta pusaka. Tapi apa yang saya lihat berlaku dalam masyarakat, agihan harta seperti tanah itu tidak di perhalusi hinggakan dalam satu geran tanah, ada beratus nama anak beranak, adik beradik, suku sakat hinggakan secara fizikalnya ‘tanah itu sudah tidak wujud’! Pembahagian / sistem faraid di buat berdasarkan agihan pecahan atas geran sahaja. Selagi wujud angka dan titik perpuluhan, pembahagian akan terus di buat.

Berdasarkan keperluan itu, pihak berkuasa tempatan cuba mengambil alih kepentingan di kawasan tertentu agar bentuk dan hasil dari aset seperti tanah itu akan terpelihara. Tapi akan merugikan pemilik asal dan kaedah perniagaan yang sentiasa mencari untung mudah berjuta kali ganda itu di ambil peluang oleh mereka yang punya visi misi yang jauh. Begitulah juga seperti beberapa tapak tanah yang telah diubah menjadi mencu tanda di Kuala Lumpur dan menjadikan waris asal terkulat-kulat melihat pembangunan tanpa mendapat apa-apa keuntungan.

Bukan salah kerajaan atau pihak berkuasa tempatan. Mereka wujud sekian lama kerana mahu mentadbir hal-hal yang sebeginilah. Mereka akan ambil alih, bangun kan, serah semula kepada pihak yang berkelayakan. Dengan itu, harta atau bahagian tanah-tanah itu bertukar menjadi kawasan perindustrian, pusat komersil dan mungkin juga jadi pasar, taman perumahan, taman bunga. kolam kumbahan atau apa-apa entiti lain yang mendatangkan manafaat kepada kesejahteraan penduduk / warga kota di sekeliling.

Kalau itu tidak difahami, bagaimana pula pihak berkuasa tempatan mahu mentadbir dan mengurus? Menyertai program gotong-royong di masjid? Majlis Berkhatan? Urus tadbir persatuan kuil atau tokong? Atau terlibat dalam kegiatan sukan semasa?

Pihak berkuasa tempatan bukan entiti menjaga kepentingan kaum tertentu atau kumpulan tertentu. Tapi saya akui, ada pihak yang mempergunakan pihak berkuasa tempatan untuk program pembangunan yang melibatkan aset-aset dan kawasan tertentu. Kerana undang-undang menetapkan bahawa kelulusan / kebenaran menjalankan projek itu perlu mendapat kebenaran bertulis dari pihak berkuasa tempatan.

Kesimpulannya, undang-undang itu sendiri yang menentukan pembangunan dan bentuk yang di fikirkan perlu. Faktor agama dan sistem faraid itu juga menyusutkan saiz & nilai hartanah itu kerana di agihkan kepada yang tidak layak atau tak minat dengan ‘harta dunia’!

Jika merasakan itu perlu diubah, bukan pihak berkuasa tempatan yang patut mulakan dahulu. Perlu ada mereka & individu yang memiliki harta-harta tersebut!

20140203-170846.jpg

Advertisements