Penulisan saya kerana bait syair arab ini :

‘ Ia berjalan ke arah barat, semasa ku berjalan ke arah timur
Sungguh jauh perbezaan antara timur dan barat
Dalam lantunan syair lainnyandi katakan;
Bilakah bangunan dapat selesai sempurna
Jika kamu membangunnya manakala yang lain merobohkan nya
Lalu bagaimana jika yang merosakkan bangunan adalah sebuah negata
Yang memiliki kekuasaan penuh lengkap dengan segala saranan nya? ‘

Kerana alasan inilah, alasan mengapa reformis-reformis dan tokoh pergerakan Islam akhirnya terjun ke dalam politik praktikal dan melakukan reformasi melalui idea ‘Pembentukan Negara Islam’ dalam rangka merealisasikan firman Allah SWT :

” (iaitu) orang-orang yang Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan sembanhyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat makruf dan mencegah daripada perbuatan mungkar..” – surah al-hajj : 41

Ketika kita ada lebih kuasa dan lebih harta, kita di anggap tidak adil, zalim dan menindas bangsa / agama lain. Ketika kita serahkan sebahagian dari kuasa, menyerahkan sebahagian dari harta, mereka dah tak mahu berkongsi pula. Mereka nak semua. Ketika ini, hari ini, Islam hanya ada batu, Islam hanya ada lastik, Islam hanya ada ulama / tok guru yang memberi jaminan, bahawa agama Islam ini mudah. Sokonglah parti kami, undilah parti kami. Kamu mudah masuk syurga. Kita tentang lah kerajaan yang sedia ada demi ketenangan hidup kita di syurga, kita persendakan pemimpin yang sebangsa dan seagama kerana kita undi dan pangkah parti kita.

Kita juga sementara, kita tidak kekal, kita tidak menjadi contoh yang baik, kita berdosa dengan diri kita, kita berdosa dengan ahli keluarga kita. Tapi kita mendabik dada dengan ajaran agama yang kita anuti, bahawa tidak ada agama lain di dunia ini yang lebih baik dari Islam. Walhal kita tak pernah pedulikan nasib dan bangsa yang sebangsa dan seagama.

Hubungan dengan sesama manusia pun kita tak boleh buat, bagaimana nak buktikan bahawa hubungan kita dengan Allah itu lebih baik? Menyebut nama Allah dan menulisnya dalam bentuk artikel ini pun sudah buat saya meremang dan bergetar jantung kerana takut! Saya takut menyebut Allah kerana saya sedar hubungan saya dengan manusia lain pun saya tak boleh jaga, apa lagi hubungan dengan Allah.

Selawat dan Salam Ke atas Junjungan..

Jazakallah Khair!