Seorang faqih adalah orang yang menguasai undang-undang politik dan cara menegah perselisihan manusia yang sering mengikuti nafsu masing-masing. Faqih adalah guru dan pendidik bagi penguasa yang menunjukkan jalan dan cara mengatur serta memimpin rakyatnya agar kehidupan dunia berjalan lancar sesuai dengan peraturan dan undang-undang yang berlaku. Dan demi Allah, semua hal tersebut berkaitan juga dengan agama, bukan secara langsung tetapi dengan perantara dunia.

Dunia adalah ladang akhirat, kerana itu agama tidak akan sempurna melainkan di sokong dengan dunia. Kekuasaan dan agama adalah seperti dua anak kembar, agama sebagai asas / tapak sementara kekuasaan adalah penjaganya. Setiap hal yang tidak mempunyai asas akan rosak. Sebaliknya, sesuatu tanpa penjaga akan hilang. Kekuasaan dan undang-undang tidak akan tegak dengan sempurna melainkan dengan kekuasaan, dan cara untuk membentuk undang-undang pemerintah, kita mesti mengunakan ilmu feqah.

Advertisements