Ada yang berpendapat bahawa menunggang kuda tidaklah sesenang menunggang manusia.

Kerana itu ada yang berkata bahawa mereka yang berjaya menunggangi manusia bagi memenuhi tujuan-tujuan tertentu hidup, politik dan bukan politik, tidak semestinya berjaya menunggang kuda.

Jika penunggang gagal menjalinkan hubungan simbiotik dengan kuda, haiwan itu akan bertindak balas dengan cara-cara yang ekstrem.

Ini termasuk menerajang atau menghumban si penunggang sehingga jatuh dengan implikasi yang tidak di senangi.

Malah ada yang berkesimpulan – sekalipun tidak ada kajian saintifik dibuat mengenai perkara ini – bahawa mereka yang gagal menguasai sukan berkuda biasanya mencerminkan peribadi mereka dalam kehidupan sebenar.

Pendapat ini mengatakan, mereka yang tergesa-gesa atau terburu-buru untuk memburu satu matlamat, biasanya akan mengambil sikap yang sama dalam sukan berkuda.