Memang sangat tak sedap bila di ubah ke bahasa melayu..

Ceritanya mudah, iaitu ‘keghairahan’!

Kita akan lakukan apa sahaja atas maksud itu, walaupun ramai percaya ‘keghairahan’ itu bermaksud seks,

Kalau di ubah kebahasa inggeris, maksud nya barangkali mengubah persepsi yang berbeza, tapi masih mempunyai maksud sama. Keinginan melakukan sesuatu itu sebenarnya menjadi tenaga untuk esok, impian ingin melaksanakan sesuatu itu juga adalah nafas untuk esok.

Saya masih percaya, kita mahu meneruskan hidup kerana kita percaya bahwa esok akan ada sesuatu yang lebih baik dari hari ini. Jika tak berlaku esok, kita masih ada lusa.

Saya tak sebut agama, tapi itulah pengerak kepada keinginan dan keghairahan kita kepada pasangan kita, kawan kita, sahabat kita, ahli keluarga kita.

Jika benar ‘ghairah’ itu merujuk pada seks sekalipun, saya percaya itu juga sebahagian dari nafsu dan keupayaan kita untuk melakukannya dengan pasangan yang kita sama2 sedia menanggung akibatkan walaupun bukan dengan ‘akad’ yang sah.

Kerana itulah cara kita mahu terus mengharap esok akan jadi lebih baik..

Itu hanya sebahagian.. :p

Advertisements