Saya tetap faham bahawa 31 Ogos itu Hari Kemerdekaan & 16 September itu Hari Malaysia!

Kemerdekaan itu kerana terbentuk sebuah negara yang merdeka dan menggunakan nama Malaysia sebagai nama negara. Manakala Hari Malaysia itu pula adalah hari di mana Sarawak dan Sabah menyertai Malaysia. Mereka anggap mereka juga merdeka sepertimana negeri-negeri di Semenanjung merdeka.

Yang menjadi perhatian rakan-rakan negeri lain di Semenanjung, Sabah dan Sarawak memiliki kekayaan negeri yang banyak. Bagi pencari kekayaan, mereka yang bergelar orang luar adalah sama sekali tidak akan di terima. Semangat kekitaan mereka lebih kuat. Tapi tidak ada bezanya mereka dan orang-orang di Kelantan atau Terengganu juga.

Walau pun mereka tak mengaku wujud persaingan sesama kaum di sana, begitu juga sifat kenegerian yang wujud di negeri-negeri Semenanjung. Tak kira iban, melanau atau cina, mereka menentukan sempadan hak sesama mereka juga! Begitu juga jawa, banjar, minang atau bugis atau pattani. Mereka bersala silah juga dengan keturunan mereka!

Yang jawa mengaku Malaysia, yang Minang mengaku Malaysia, yang india mengaku Malaysia, yang cina juga mengaku Malaysia! Tapi jujurnya saya tak pernah percaya pada mereka semua! Yang mengaku ini tak ubah seperti lalang! Menjiwai sifat kenegaraan kerana kepentingan kuasa mereka bersama pemerintah, kerana kepentingan mereka di sisi politik yang mereka perjuangkan. Untuk agama mereka, untuk bangsa mereka, untuk keluarga dan anak cucu mereka.

Tapi bukankah itu suatu tuntutan?

Mengaku orang Malaysia sahaja tak cukup. Mengaku menyokong juga tidak cukup. Saya cukup berhati-hati dengan mereka yang mengaku ini negara mereka, saya berhati-hati juga dengan mereka yang tak sudah-sudah mendakwa kita adalah satu bangsa, kita serumpun, kita berhak atas negara kita dan apa-apa ayat yang menerangkan maksud mereka boleh buat apa sahaja demi hak kerana mereka anggap negara ini hak milik bersama.

Tanggapan dan cerita yang salah! Negara itu bukan milik sesiapa! Kita cuma dakwa ianya milik kita kerana kita berada diatasnya dan di terima pakai sebagai undang2 yang sah! Walau negara lain bergolak / berperang dan berbunuh sesama sendiri pun kita masih bersifat menyokong dan berpuak-puak kerana menjadi penentang dan penyokong mereka di negera yang bergolak!

Macam lah perang itu acara pestabola merdeka! Sokong mana yang patut!