Politik Dalaman

Isunya ialah bagaimana politik dalaman ini dapat di kawal melalui satu sistem organisasi yang terancang. Menguruskan konflik adalah kerja kepimpinan. Memerlukan kefahaman dan displin ilmu konflik. Kerja dan kesibukan pimpinan PAS di kawasan masing-masing menyebabkan wujud dan merebaknya konflik dan terabai.

Cadangan Pejabat Presiden dan pasukan ‘task force’ mengendalikan kes-kes tertentu sebelum tindakan displin atau pentadbiran memulakan prosesnya.

Bentuk Persaingan

Persaingan yang berlaku dalam PAS adalah sesuatu yang ‘undercurrent’ iaitu sesuatu yang tidak dapat di lihat di atas. Individu-individu yang tidak berkelompok, kempen secara senyap, rundingan-rundingan kumpulan tertentu dalam senarai yang lebih kuat untuk menang.

Pimpinan PAS hanya bergantung kepada berita yang di siarkan dalam Harakah. Apa-apa kenyataan Harakah akan menjadi bahan penilai kepada ahli tentang kualiti kepimpinan seseorang. Kadang-kadang buat saya terfikir, bagaimana mereka (PAS) menentukan kriteria seseorang pemimpin mereka.

Permasalahan

Aktivis parti bergerak secara sukarela dan mereka mempunyai kerja di luar parti. Tumpuan mereka pada parti hanya sekadar sampingan. Hanya semangat sukarela dan percaya kepada parti / organisasi.

Latar belakang dan taraf pendidikan mereka yang menyertai PAS berbagai. Peringkat paling bawah hingga ke paling tinggi. Katanya dari pelbagai masyarakat dan di ikat dengan dasar perjuangan PAS. Tidak ada syarat ketat untuk menyertainya.

PAS anggap melanggar batas-batas akhlak Islam itu adalah kes terpencil, salah laku, surat layang, serangan peribadi, perlebelan kumpulan. Dan mereka anggap tidak pernah berlaku ‘politik wang’ dalam PAS. Memang benar, tabung milo dan tabung kutipan di setiap pentas ceramah itu mereka letak daun atau kertas gula-gula agaknya!

Penekanan budaya PAS adalah mengurangkan jurang antara ahli dalam PAS. PAS anggap ini kejayaan terbesar mereka.

Kesimpulan

Tidak ada cara atau contoh yang baru pun dalam rejuvenasi atau keluk-keluk perubahan yang di gembar-gembur itu! Mengambarkan dengan kata pembuka dengan pertubuhan di negara arab atau timur tengah itu tidak menjadikan PAS lebih baik dari sesiapa pun.

Tidak rasa negara kebajikan itu adalah keperluan semasa, tidak merasakan kebebasan beragama itu juga kemahuan orang melayu Islam di negara ini atau pun di negara-negara arab lain. Adakah bermaksud melayu boleh tukar agama? Atau arab lain juga boleh tukar agama? Saya sendiri tak percaya bahawa wujud orang melayu Islam yang mengaku dirinya Islam dan sanggup lihat bangsanya menukar agama.

Saya masih dengan pendirian saya, PAS dah Sesat!

Advertisements