Orang percaya dengan khabar angin! Orang intelek baca / sebar maklumat guna blog / twitter / facebook! Mereka berkumpulan. Ada yang mengaku tidak menjadi ahli mana-mana parti, ada yang masih tidak berdaftar, ada yang dah bertukar-tukar kawasan kerana tak sebulu, ada yang hilang punca pendapatan kerana ‘Tuan’ dah kalah pertaruhan, ada yang sudah tidak memegang mana-mana jawatan.

Jika penubuhan UMNO & Kerajaan dulu terbentuk kerana mereka ni semua, saya tabik dua tangan. Tapi kalau baru kenal sekali pilihanraya, baru kenal satu kawasan parlimen, baru duduk minum dengan beberapa orang menteri, itu bukan pencapaian. Itu Langau!

Baru sedar ada suara di laman maya, baru sedar ada kuasa baru dalam politik, baru sedar ada telefon pintar, baru sedar ada blackberry, baru sedar ada pesanan ringkas tersebar, baru sedar kuasa ketiga dalam politik, itu Anjing!

Menjadi capul / celupar seperti saya, ini namanya Sang Kelembai! Akan kena sumpah jadi batu! Ha3!!!