Ada kawan-kawan terlibat dengan operasi sebentar tadi. Ops biasa, angkat kerusi meja yang di letakkan di atas siarkaki jalan atau di atas jalan.

Setelah semua berjalan dengan lancar, barangan di hantar ke stor sitaan. Dalam perjalanan kawan tanya, kali ini ops berjalan lancar tanpa gangguan. Saya pun sedar bab tu. kawan cakap, siang tadi memang pemilik kedai tu menelefonnya, minta sita barang milik kedainya.

Saya terkejut! Saya tanya kenapa, dia jawab, di KL ni, berniaga mesti kena tindakan. Baru orang lain respek! Saya terdiam! Katanya lagi, bila kena sita / rampas, orang akan bercakap. Bila orang bercakap, orang akan bertambah ramai lagi datang ke kedainya.

Saya teringat kisah Ali Baba Bujang Lapok, dimana orang kaya yang menelefon pencuri! Suruh pencuri mengambil hartanya. Kini dunia memang dah nak kiamat! Perkara yang sebegini pun, orang anggap helah nak kaya!

Dunia oh dunia!

Advertisements