Saya ada tempoh 5 tahun lagi, insyallah, PAS Selangor akan jadi bahan ujikaji saya. Bagus juga Pakatan Rakyat memerintah Selangor dalam tempoh 5 tahun akan datang. Saya akan buktikan bahawa PAS tak lebih dari kumpulan manusia munafik! Berpaksikan kerusi politik untuk dapat sokongan atas nama agama. Lupa kuasa & takdir yang berlaku, menidakkan kekalahan dengan menyalahkan UMNO dan BN melakukan penipuan. Siapa yang menipu siapa sekarang?

Mengapa saya kasar? Saya dah hilang banyak kawan kerana orang yang menyokong parti PAS ini. Mereka anggap saya lebih teruk dari haiwan kerana saya tidak menyokong perjuangan PAS. Kerana faktor sebeginilah saya menolak PAS. Dah jadi majoriti, dah jadi kelebihan pula untuk memerintah. Tapi mensia-sia kan peluang untuk jadikan Selangor Negeri Islam.

Mengapa PAS jadi sedemikian? Takut Tun Mahathir? Takut PM Najib? PAS takut apa pula? Kalau di Kelantan, mereka takut dengan surat amaran Tun Mahathir. Mahu bagitahu ini cara politik PAS? 15 orang ahli parlimen PAS akan jadi apa? Haiwan belaan?

Jika sekadar nak mengkafirkan orang lain, jika nak menfitnah orang lain, itu bukan cara Islam pun. Nabi mana yang guna kaedah sedemikian? Sahabat Nabi yang mana mengunakan helah cara PR dalam pemerintahan?

Mengapa PAS tidak langsung mencalonkan wakilnya bagi jawatan Menteri Besar Selangor? Hanya ada satu nama sahaja yang di calonkan. Perkongsian kuasa dalam Pakatan ini sebenarnya nak memenangkan siapa?

Jangan jadi celaka kawan!