Selawat dan salam ke atas junjungan..

Dengan rendah diri, saya akui diri ini sentiasa di bayangi dosa dan kejahatan masa lampau sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Pada rakan karib, pada ahli keluarga atau kenalan rakan baru yang terasa hati atas keceluparan mulut dan perbuatan..

Berkaitan ilmu agama yang di pasarkan pada zaman ini, tak ubah seperti membeli gula-gula. Pergi kemana-mana kedai atau pasaraya besar, kita dengan mudah boleh pilih jenama atau brand yang paling popular. Tapi itu bukan tertakluk pada agama! Bukan semua bentuk ilmu agama itu boleh di pelajari atau di warisi. Bak kata lagu Raihan, ‘Iman itu tidak di jual beli atau di warisi..’

Kaedah yang mudah, bersama dengan ‘masyarakat’, bergaul, bercampur dengan batas tertentu, mempelajari ilmu masyarakat, ilmu berkeluarga, ilmu berkawan, atau ilmu halus ‘hubungan sulit’ antara manusia lain. Perlu memahami ilmu hubungan manusia sesama manusia. Sebelum bicara hubungan dengan tuhan! Jika sesama.manusia pun kita masih tak berapa nak elok, masakan hubungan kita dengan tuhan jadi ‘tip top’.

Saya bukan orang baik-baik pun. Tapi saya percaya, setiap.manusia itu ingin jadi baik, ingin masuk syurga, ingin ada keluarga yang baik, ingin ada sahabat yang membantu, ingin ada bini cantik, ingin ada anak-anak bijak, ingin ada rumah besar, ingin ada kereta besar.

Kena ingat, bukan salah umno kalau kita tak ada semua tu. Kena ingat, jadi ahli PAS pun belum tentu boleh masuk syurga!

Wallahualam…

Advertisements