“.. UMNO tidak akan hancur kerana serangan musuhnya, tetapi UMNO boleh hancur kerana pecah belah dalam parti, dan sengketa di antara ahli-ahli UMNO.

.. Cintailah UMNO dan bukan orang-orang tertentu di dalamnya dan janganlah sekali-kali sayang kepada seseorang sehingga sanggup UMNO di pecah-pecahkan..”

Akhirnya UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1946 itu mati pada hari Khamis 4 Februari 1988. Matinya UMNO adalah disebabkan statusnya tidak sah di sisi undang-undang.

Akhbar Merdeka membayangkan beberapa faktor kehancuran UMNO ;

1. Ahli-ahli UMNO patuh pada adat resam dan tradisi parti yang di sanjung tinggi dan di amalkan dari peringkat cawangan hingga ke peringkat perhimpunan agung. Pegangan kepada amalan mulia itulah yang telah membawa kejayaan cemerlang kepada UMNO.

2. Ramai ahlinya yang membelakangkan tradisi, yang tidak berperinsip dan menggunakan pelbagai taktik kotor semata-mata untuk kepentingan diri dan golongan tertentu, mendahulukan cita-cita mereka daripada kepentingan dan perjuangan suci UMNO.

3. Dalam UMNO sudah terdapat terlalu ramai yang mengutamakan hasil jangka pendek tanpa memikirkan hidup mati bangsa dan maju mundurnya parti kita. Dalam UMNO juga ada yang sudah tidak mahu menurut kehendak dan peraturan melalui perlembagaan yang sama-sama kita wujudkan.

4. Semua ahli UMNO perlu berpegang teguh kepada konsep perjuangan UMNO, bukan berjuang untuk kepentingan golongan tertentu atau puak.

5. Jika ingin melihat kuasa politik UMNO terus kekal dan berpengaruh, mestilah memelihara semangat perpaduan dan kesetiaan pada perjuangan parti pada sebilangan masa.

Dan agak sukar bagi seseorang pemimpin menjayakan sesuatu perkara yang positif jika terdapat ramai pengikutnya senantiasa diselubungi kecurigaan terhadapnya. Beberapa organisasi politik telah menempuh jalan buntu untuk bergerak maju kerana di landa penyakit krisis keyakinan..

20130506-175405.jpg

Advertisements