Saya tidak di ajar mencarut! Mujur saya tak begitu cerdik!

Saya telah lalui fasa muda yang rebelious! Masa muda menentang apa sahaja yang menggangu fikiran dan norma kehidupan saya sebagai orang muda. Boleh berentap dengan sesiapa sahaja walau hanya kerana sebuah pasu! Mungkin ingatan saya ketika itu, hanya kerana saya lebih muda dan pernah bersekolah!

Masa berlalu! Seorang yang saya kenal tak pernah senonoh perangainya kini bergelar usahawan makanan besar. Seorang yang saya kenal dulu tak pernah jejak kaki ke masjid, kini dah bergelar ustaz. Kawan yang dulu habis harta benda orang dalam kampung di curi nya, kini menjadi seseorang yang berpangkat dalam perhidmatan polis. Yang dulunya mat bunga yang suka menulis dan berbalas surat kepada semua kekasih mereka kini bergelar pendidik. Yang suka bergaduh sepanjang usia sekolahnya pula memilik menyertai politik dan ada yang dah bergelar Yang Berhormat juga.

Segala macam lagi perubahan yang saya lihat berlaku di depan mata.

Itu celakanya! Bagaimana saya patut percaya pada mereka yang berubah ini? Saya kenal asal usulnya, saya kenal salasilah keluarga sebagaimana mereka mengenali saya.

Adakah mereka ini sangat bertuah dan mendapat hidayah dari Tuhan? Tuhan pilih mereka mereka untuk segera berubah dan menjadi ahli syurga?

Malah saya di dekati oleh mereka sambil berbisik, “.. jika beriman, sokong lah kami (PAS), sokong kami sokong Islam, sokong Islam masuk syurga.. ”

Saya tanya, ” kalau tak sembahyang?”

Mereka balas, ” sembahyang tu perkara kedua, yang penting sekarang, mesti tegakkan Islam dahulu!”

Saya patut jawab apa?

Advertisements