Dipercayai, permulaan gerakan politik mahasiswa di Malaysia bermula di tahun 1930an -1950an. Gerakan politik pelajar-pelajar pusat pengajian tinggi sebelum perang lagi. Pada masa itu Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) menjadi pelopor pada gerakan ini. Pengetua dan pensyarah meniup semangat kebangsaan kepada pelajar-pelajarnya untuk bangun menuntut kemerdekaan daraipada penjajah menerusi tiga cogankata iaitu Agama, Bangsa dan Bahasa. Benar! Bukan salah taip, tapi memang Agama, Bangsa dan Bahasa.

Hasil rangsangan tersebut, beberapa orang pelajar SITC yang di ketuai oleh Ibrahim bin Haji Yaacob telah menubuh Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada tahun 1937 untuk menentang penjajahan oleh Inggeris dan menuntut kemerdekaan. Selain itu, mereka menyalurkan perjuangan politik mereka melalui penulisan dan penubuhan persatuan-persatuan.

Selepas perang dunia kedua, gerakan politik pelajar-pelajar pusat pengajian tinggi beralih dari SITC ke Universiti Malaya (UM). Di tubuhkan di Singapura pada tahun 1949. Ketika itu pemimpin-pemimpin pelajar UM di Singapura mempunyai hubungan yang rapat dengan gerakan anti penjajah termasuk pengarang-pengarang akhbar dan pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja.

Sehinggalah cawangan UM di tubuhkan di Kuala Lumpur di tubuhkan pada tahun 1959. Kegiatan pelajar mula meluaskan aktiviti politik melalui persatuan luar kampus. Antaranya Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS). Di tubuhkan pada tahun 1948 hasil dari kongres yang di anjurkan oleh penuntut Muslim Technical College pada 14 – 15 Ogos 1948.

Matlamat utama penubuhan GPMS adalah memperjuangkan mutu dan kemajuan pendidikan di kalangan masyarakat melayu.

Selain itu, pelajar-pelajar pusat pengajian tinggi dari pelbagai kaum juga berpeluang dan berganding bahu bersama-sama dalam memperjuangkan idea-idea politik melalui Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia ( PKPM). Ilham penubuhan Perikatan yang mengabungkan ketiga-tiga kaum iaitu melayu, cina dan india di dalam satu parti.

Dan tujuan utamanya adalah untuk:

“.. to work for the student interest and the improvement of their welfare, regardless of sex, race, religion, social and economic status..”

Advertisements