Kes yang paling kerap di rujuk dalam hal Islam atau sekular itu ialah Kes Che Omar Che Soh v Public Prosecutor (1988) 2 MLJ 55.

Kes ini didengar oleh oleh lima orang hakim dan penghakimannya di tulis oleh Tun Salleh Abbas. Kerap kali dirujuk sebagai autoriti bahawa Malaysia adalah negara sekular.

Persoalan dalam kes itu ialah sama ada hukuman mati bagi kesalahan mengedar dadah dan bagi kesalahan di bawah Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 bercanggah dengan ajaran Islam dan oleh itu tak berpelembagaan dan tidak sah (unconstitutional and void).

Peguam menghujahkan, oleh sebab Islam adalah “agama bagi persekutuan” (Perkara 3 (1) dan oleh sebab Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang utama Persekutuan (Perkara 4 (1), maka hukuman mati bagi kesalahan-kesalahan itu, yang bukan kesalahan “hudud” dan “qisas”, adalah bercanggah dengan ajaran Islam dan oleh itu tidak berpelembagaan (uncontitutional).