Terasa? Memang nak bagi terasa pun! Letak hukum atas kepala sendiri. Sokonglah PAS! Kerana sokong PAS bermaksud sokong Islam! Sokong DAP juga sokong Islam! Sokong PKR juga sokong Islam.

UMNO dan BN selamanya sesat, tak pernah hormati ulama dan orang agama, mencela dan memaki hamun orang dalam setiap ceramah, orang UMNO zalim, orang BN makan rasuah, orang UMNO semuanya tak betul, orang BN semuanya tak kena.

Sokong UMNO sesat! Sokong BN boleh jadi kafir! Tapi kalau bekerja makan gaji dengan kerajaan BN atau UMNO, itu tak sesat, itu tak kafir. Kerana bila kerja, niat nak menegakkan, nak ada pemerintahan Islam. Menjadi halangan kepada kekejaman UMNO dan BN dalam kerajaan. Harus bekerja kerana nak bagi anak bini makan.

Apa yang kerajaan BN bagi juga tak haram. Boleh ambil dan bagi kepada mereka yang memerlukan. Kalau tak ambil, nanti kerajaan UMNO ambil bahagian kita dan bagi duit itu pada Rosmah! Rosmah beli cincin!

Siapa yang guna dan letak agama suku, letak hukum suku dan jadi tiga suku sekarang?

Advertisements