Majlis Fatwa Kebangsaan menegaskan bahawa perwira yang mati di Lahad Datu & Semporna itu ‘syahid akhirat’. Manakala kerajaan Sulu juga anggap tentera mereka juga syahid.

Kita mengenali kedua-kedua pihak sebagai Islam, ketika menonton video pembunuhan / penyembelihan itu juga saya dengar mereka sebut nama Allah. Mereka juga beristifar, mereka juga bertakbir, mereka juga ,mengucap dua kalimah syahadah. Saya andaikan mereka juga menunaikan rukun Islam dan rukun Iman.

Ada pandangan politik dalam senario hari ini antara parti pemerintah, parti pembangkang yang mengaku pemerintah dan lagak pemerintah juga.

Mengapa kita anggap mereka yang Islam itu sebagai pemberontak? Kita anggap mereka penjenayah? Sangat jelas dalam beberapa keterangan berkaitan Islam yang bunuh Islam lain. Tapi ada pula keterangan ayat yang membolehkan kita membunuh.

Sejauh mana orang politik faham termasuk orang agama dalam politik? Mereka sanggup mengenepikan pandangan hukum kerana fahaman politik atau sanggup menerima bahawa Islam bukan sekadar menuntut perjuangan dengan senjata.

Adakah kita boleh faham bahawa Islam bukan sekadar angkat senjata atau memerangi musuh politik kita juga kerana berlainan agama?

Rakan Islam kita di Palestin, Syria juga tak faham bahawa Islam itu bukan berbunuh sesama sendiri, kita menerima padangan mereka dari kumpulan yang bermahzab, kita sendiri membentuk fahaman kita sendiri tentang Islam. Bila nak selesainya? Kita cakap mereka tak betul, kita sahaja yang betul?

Atau ini alasan terbaik untuk UMNO dan PAS untuk sama-sama angkat senjata untuk menegakkan agama Islam?