Saya sentiasa anggap bahawa agama itu bukan perkara yang perlu di lakukan dengan cara yang buat orang lain rasa rendah diri dengan kekurangan ilmu dalam diri mereka.

Perkara yang saya sedar sejak kenal hidup, bahawa ilmu agama itu jangan di tanding-tanding kan untuk menunjukan bahawa ilmu kita lebih baik dari orang lain.

Saya sangat sedar, bahawa nilai seseorang yang berilmu itu berdasarkkan usianya, pakaiannya, pertuturannya, tingkah lakunya serta perbuatan & amalan hariannya. Saya akan menambah sedikit lagi kriteria orang berilmu ini dengan salasilah ahli keluarganya, sahabat handai dan rakan taulannya.

Itu cara saya melihat orang, jika terlebih atau terkurang sifatnya, itu memang kerja tuhan. Manusia berubah.

Orang juga melihat dan menilai diri saya, kepercayaan orang terhadap saya dan keluarga juga begitu. Orang bercakap, anak si polan itu begitu begini, mak ayah si polan itu kesana kemari. Memang orang juga tak sentiasa puas menilai diri kita sebagaimana kita melihat orang.

Saya gambarkan diri saya agar mudah faham. Mungkin saya tak sebaik orang lain, tapi setidaknya, saya tahu juga menilai orang lain dari persepsi / pandangan sendiri.

Advertisements