Baru-baru ini dikhabarkan Tok Guru sambut hari lahir di Pulau Pinang. Ada majlis potong kek di rumah pemimpin tersebut. Walaupun saya sendiri tak pernah potong kek, saya terharu juga.

Yang bermain di fikiran saya, pemimpin tersebut pernah menolak perundangan Islam dan pernah sebut harus langkah mayatnya jika ada sesiapa yang sanggup menjadikan negara ini sebagai sebuah negara Islam.

Setiap hari, kerajaan yang memerintah ini di anggap zalim, kejam, perompak dan punca segala kejahatan. Segala yang bersangkutan dengan kerajaan adalah salah dan tidak benar. Perdana Menteri, Peguam Negara, Majistret, Hakim, Penguasa, Polis, Tentera dan segalanya adalah tidak betul.

Alangkah sia-sianya hidup, mengaji, buat haji, sembahyang, letak serban, songkok, kopiah atas kepala jika hati atau ingatan hanya tahu berkata sesuatu yang tidak langsung mengambarkan ilmu yang di pelajari.

Mengapa anggap demokrasi itu adalah pilihanraya? Mengapa anggap Islam boleh di laksana dengan menjadi pemerintah sesebuah negara? China & India bukan sebuah negara Islam, tapi mengapa ramai pula penduduknya memilih agama Islam?

Dalam negara, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor bukan di bawah pemerintahan BN, tapi mengapa tiada pula kekuatan Islam di negeri-negeri tersebut?

Mengapa pihak yang memerintah negeri-negeri tersebut sibuk menjual segala hasil negerinya tanpa had? Mengapa masih harap minyak, balak dan pasir sebagai sumber pendapatan? Apa yang Islammya dalam mencari kekayaan? Mencari harta dan kekayaan itu sebahagian dari agama?

Orang agama dalam negeri berperanan sebagai apa?

Advertisements