Tergerak rasa untuk menerangkan bahawa agama yang saya pilih, agama yang saya anuti bukan kerana parti politik, logo atau siapa ulama besar yang memimpin. Agama yang saya pilih bukan kerana piliharaya setiap 4 tahun, atau setiap kali wujud pemilihan dalam urusan parti, masjid atau surau.

Agama yang saya piliha adalah agama yang menentukan siapa sang pencipta alam. Agama itu bukan bangsa, agama itu bukan kerana budaya.

Tidak pernah pula saya cuba menyakinkan orang lain bahawa agama yang saya pilih itu adalah hak sesuatu bangsa terpilih. Hak eksklusif pada kumpulan tertentu.

Agama yang saya pilih itu lengkap, Agama yang saya pilih itu ada tuhan yang bernama Allah yang tidak di kongsi-kongsi dengan nama tuhan agama lain atau terjemahan agama lain.

Wallahualam..