Masih ada yang percaya bahawa wujud kumpulan yang mengelarkan diri mereka sebagai pakatan rakyat yang memperjuangkan nasib rakyat. Saya yakin mereka adalah komunis. Hanya dengan cara itu mereka boleh merosakkan pemikiran masyarakat dan wujudkan kekacauan. Sangat jelas juga dengan agenda seperti demonstrasi dan perhimpunan yang telah mereka cuba dan anjurkan.

Janji 16 September mungkin dah di lupa orang, mencetak sendiri kertas undi melebihi dari jumlah ahli dan perwakilan yang hadir, boleh menjadi ketua atau mengetuai sesebuah parti politik tanpa perlu bertanding, atau boleh jatuh sakit dan sembuh dengan sekelip mata. Tapi ketika hampir mati dalam penjara dulu, semuanya adalah angkara UMNO dan BN.

Masih ingat 5 orang nama pemimpin PAS yang hilang ketika pemilihan / muktamar? Pagi nama tiada, petang dah ada nama dan boleh bertanding. Satu bentuk / konsep yang di percayai cara Islam. Kononnya politik dan agama itu satu, dan anggap PAS itu Islam.

Selepas sebulan baru sedar berlaku kesilapan dan proses pengundian? Ini paling hebat! Pengarah pilihanraya letak jawatan. Dari awal pun dah memang mengarut pun. Orang lain yang menang, orang lain yang di lantik. Buat apa buat pengundian? Terus lantik sahajalah. Bukan orang tak tahu cara bintang tiga atau komunis bernegara.

Tapi, macam biasa. Ini semua fitnah dan agenda jahat dari UMNO!

Advertisements