Akidah

Tarikh keputusan : 24 Julai 2002

KEPUTUSAN

1. Bahawa Amanat Tuan Guru Haji Abdul Hadi adalah :

a) bercanggah dari segi ajaran Islam;

b) bercanggah dengan kepentingan masyarakat Islam dan kemuliaan Agamanya; dan

c) bercanggah dengan prinsip dakwah Islamiah,

2. Mana-mana orang Islam adalah dilarang –

a) menyebar, mengajar, mempelajari dan mengamalkan amanat tersebut; dan

b) menjual, mencetak, mengedar, membeli atau memiliki amanat tersebut.

Status Penwartaan: Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 25 Julai 2002
No Rujukan: PMM/0020 Jld.4 (61)
Akta/Enakmen: M.P.U. 13