Apa bezanya niat seorang muslim dan niat seorang bukan muslim? Apa beza pula sambutan tahun baru di negeri yang pemerintahnya bukan muslim dan negeri yang pemerintah nya seorang muslim?

Sambutan tahun baru bersama Ustaz Azhar Idrus dapat pahala? manakala perhimpunan / sambutan tahun baru yang di buat oleh orang UMNO / BN itu satu bentuk kezaliman, pembaziran, rosak akhlak, zina dan dosa yang tidak boleh di ampun.

Nabi dan sahabat tak buat! Ada hadis / ayat quran berkaitan dengan sambutan tahun baru? Mengapa sambutan tahun baru tetap ada? Dan kini di sambut pula oleh orang Islam dan PAS?

Negara ini kafir / sekular kerana memiliki pemimpin UMNO yang bernama Najib Razak. Tapi negeri Pulau Pinang menjadi sebuah negeri contoh sebagai sebuah negeri berkebajikan. Mengapa? Kerana LIm Guan Eng menyokong Islam? Kerana Karpal Singh sanggup menerima PAS serta hududnya menjadi model negara baru?

Apa niat Tuan Haji Mustafa Abu Bakar ketika melafazkan fatwa yang mengkafirkan orang UMNO dan BN? Apa niat Tuan Haji Abdul Hadi Awang kerika menyambung kembali fatwa tersebut dan jadikan sebagai amanathajihadi pula?