Walau pun di larang, mereka tak pernah rasa itu adalah sebahagian dari hak menghormati agama dan bangsa lain. Mereka hanya mahu hak mereka di penuhi.

Alasan yang di gunakan adalah mereka dah lama di guna kalimah Allah dalam Bible terjemahan melayu di Sabah dan Sarawak. Bagi menunjukan mereka dah lama guna, mereka buktikan mereka dah guna kalimah Allah itu sejak beratus tahun lalu.

Bagi Presiden PAS, itu adalah perkara yang dibenarkan menurut Perkara 11 Perlembagaan Malaysia. Kebebasan memilih agama. Pada waktu yang sama Tuan Guru Nik Aziz mempersoalkan agama parti UMNO. Agama ahli UMNO, yang di katakan kafir & murtad. Ketika UMNO di kafir & di murtadkan, PAS menyokong pula kebebasan memilih agama lain termasuk orang melayu.

Kalau jenama Proton, Coca Cola, Gardenia, Massimo dan Upin Ipin pun boleh di ‘hakcipta terpelihara’, kalimah Allah pula tidak boleh. Hebat kan pemikiran orang politik kita.