Selepas 1945, timbul kontrovesi besar antara dua mahzab penulis Cina Malaysia. Satu mahzab persuratan Cina Perantau ( Overseas Chinese ) dan satu lagi mahzab Cina Malaysia.

Mahzab Cina Perantau berpendirian bahawa penulisan orang-orang Cina di luar Tanah Besar China, tak kira bagaimana isinya, adalah berorientasikan negara China dan tidak memberi perhatian kepada suasana lingkungan mereka.

Mahzab persuratan Cina Malaysia menegaskan bahawa penulis Cina Malaysia seharusnya menjadi sebahagian daripada persekitarannya dan bahawa tanggungjawabnya ialah terhadap tanah yang didiaminya, serta bahawa dia tidak sepatutnya menulis sebagai orang luar. Pemimpin gerakan persuratan Cina Malaya, En. Fang Hsiu menyimpulkan seperti berikut:

“Di Malaya terdapat jutaan orang Cina, kebanyakan mereka telah berkurun-kurun berada di sini, mengambil bahagian dalam pertumbuhan ekonomi negeri, dalam urus tadbirnya, keterikatan perasaan mereka dengan negeri ini telah terbukti, dengan batang tubuh mereka, mereka mempertahankan Malaya, menumpahkan darah mereka menentang penceroboh, kerana mereka anggap Malaya sebagai tanahair mereka.

“Bagaiamana pun, dengan segala kesetiaan mereka, usaha mereka, nenek moyang mereka, dan penolakan mereka terhadap sebarang perkaitan dengan China sebagai tanah leluhur. Mereka masih dinafikan tempat yang wajar dan setara dalam tubuh politik negeri ini, mereka masih di anggap seperti orang luar, kesetiaan mereka diragui..

“Mereka mahu menjadi warga Malaya, bukan Cina Perantau, tapi kerajaan mendiskriminasikan mereka dari sudut ini dalam cara yang menyebabkan mereka terus menerus merasa terasing. Mereka mahu hidup aman, harmoni dan berteman dengan kaum-kaum lain di Malaya, tetapi tembok-tembok telah di bina..

“Persuratan mempengaruhi peristiwa, dengan menulis dan meluahkan rasa hati kami, harapan kami, kami ingin berhubungan dengan kaum-kaum lain, untuk mencapai saling-persefahaman.. Kami mahu setiap orang tahu bahawa meski kami pun kami menggunakan bahasa Cina, ini tanahair kami..

“Di China, persuratan berperanan membebaskan rakyat China. Di sini, di Malaya, persuratan bahasa Cina-Malaya, kami berperanan merangsang dan mengukuhkan perpaduan, saling-persefahaman, dan harmoni di antara tiga kaum Malaya yang terbesar. Inilah sifat istimewa dan khusus persuratan Cina-Malaya..”

Posted via DraftCraft app