Saya tak pernah cuba untuk mempersenda sesuatu yang berlawanan dengan sifat yang mirip kepada agama. Melihat pada hukum dan perlaksanaan dengan sehalus mungkin. Merujuk kepada sumber yang sahih, sah dan tidak berlawanan dengan hukum asal.

Tidak suka mengunakan istilah arab, bagi tujuan nak sedap ayat atau menjadikan orang lebih keliru. Tidak pernah cuba untuk jadi lebih Islam dari orang lain juga. Kebanyakkan hanya ‘merujuk’ kejadian / peristiwa kes masa silam. Atau lebih tetap kisah sahabat, pejuang-pejuang silam yang memegang jawatan dan mati kerana Islam.

Tak percaya doa itu bertujuan merosakkan orang lain, sama ada Islam atau tidak. Bukan Islam itu juga adalah umat yang sama! Asal usulnya juga adalah ‘tanah’ & akan kembali kepada ‘tanah’ juga.

Saudara seagama itu tuntutan, berlainan agama itu tanggungjawab. Kita harus pimpin sesiapa sahaja, sama ada yang sempurna sifat atau yang kurang sifat.

Ibu atau ayahnya mungkin penentang agama Islam, tapi belum tentu anaknya menjadi penentang, mungkin itu cabarannya memiliki keluarga yang bukan Islam. Tapi tanggungjawab anak, tetap mendokan kebahagian kedua ibubapanya, pemimpin setempat, negeri atau negaranya.

Itu adalah tuntutan dan tanggungjawab!