Kita berniaga untuk dosa dan pahala. Kita akan jual semua keburukan, nak beli semua kebaikan. Kita nak beli semua yang baik / sihat, kita nak jual lelong atau hindar dari buruk / sakit.

Berniagalah dengan cara yang di haruskan, jangan ada muslihat, berjual belilah dengan niat dan akad yang baik. Rezeki itu dalam bentuk yang tidak di sangka-sangka.

Saya tak pernah irihati atau rasa dengki pada para ‘perniaga’ atau ‘pelabur’, atau ‘pencari kekayaan’, cuma saya sentiasa ingatkan diri, jangan ambil hak orang lain tanpa persetujuannya. Jangan tipu atau bermuslihat untuk urusan jual beli. Sentiasa letak ‘hati’ dalam semua urusan.

Jual atau belilah dengan ‘hati’. Percayalah bahawa barangan yang kita beli atau jual itu adalah ‘pahala’,

Tetapi jika barangan yang dibeli atau jual itu dengan rasa kecewa, kita telah membuat ‘dosa’ kepada diri dan orang lain.

Wallahualam.

Advertisements