Saya tak rasa kelakar pun jika kamera di sabitkan dengan kelemahan pihak agensi penguatkuasaan kepada mereka-mereka yang bawa laju atau buat kesalahan di jalanraya. Atau kita boleh sedikan jumlah statistik reka-rekaan berkaitan kemalangan atau kematian yang di sebabkan oleh mereka yang suka bawa laju dan menyusahkan pengguna jalanraya yang lain.

Kita kenakan cukai jalan pada kenderaan, kita beli kamera dan halang kenderaan dibawa secara ‘laju’ di lebuhraya dan jalanraya. Tapi kita kecualikan kenderaan yang rasmi, berlogo kerajaan, perkhidmatan ‘cermin gelap’ yang lain, menteri-menteri dan orang kenamaan yang lain. Hebat!

Yang tinggal terlibat hanya kita, saman yang kita perlu bayar! Kita akan berpakat sesama kita untuk berdemo pula selepas ini apabila kita ingin menyampaikan ketidakpuashatian kita kepada pihak berkuasa dan kerajaan yang memerintah.

Itulah yang berlaku sejak merdeka, kita ciptakan sesuatu, kita cadangkan undang-undang baru. Selepas beberapa musim, kita rasa tak puas hati, kita pinda dan gubah semula undang-undang tersebut. Atau bila kita berkuasa, kita hapuskan undang-undang yang kononnya dah lapuk dan tak sesuai dengan zaman. Itu berlaku kepada ISA, Ordinan Darurat, AUKU dan beberapa lagi pindaan-pindaan yang tak popular seperti undang-undang / akta kerajaan tempatan, taman, hotel, rumah urut, pusat hiburan dan sebagainya.

Saya cuma gambarkan sesuatu yang tidak mungkin dapat di ubah ketika ini, tapi akan jadi bahan ketawa dan kesilapan di masa-masa akan datang, berkaitan dengan keputusan kerajaan dalam menangani masalah budaya, akhlak peribumi rakyat malaysia untuk menghargai apa itu negara, nyawa, bangsa, dan orang yang hidup bersama dengan kita walauapapun konteks kriteria warganegara yang bergelar manusia atau haiwan yang dibela.

Paling ringkas, ketika mengambil tiket tol, ‘Hati-hati tuan / puan ketika memandu nanti, semuga perjalanan tuan / puan selamat.. ‘ Jika ayat itu tidak mendatangkan kesan pada hati. Memang anda tak patut jadi manusia! Lebih baik jadi haiwan! *patut guna ayat Kassim Selamat dalam filem Ibu Mertua Ku..

Posted via DraftCraft app

20121117-114427 AM.jpg

Advertisements