Doa Awal Tahun pula dibaca tiga kali selepas Maghrib pada malam 1 Muharam. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata “Telah amanlah anak Adam ini dari godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan.”

“Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Rahmat dan sejahtera ke atas Penghulu kami Muhammad saw dan atas keluarga, sahabat-sahabat Baginda sekalian.

Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang kekal selama-lamanya, sedia ada tidak permulaan. Kelebihan Mu maha besar dan kemurahan Mu sangat-sangat di harapkan.

Tibalah sudah tahun baru, kami mohon kepada Mu agar terpelihara kami sekalian dalam tahun baru ini daripada tipu daya syaitan-syaitan yang terlaknat dan juga daripada konco-konco syaitan dan bala tenteranya.

Dan kami mohon daripada Mu akan pertolongan mengalahkan runtunan nafsu amarah (nafsu yang mendorong kepada kejahatan). Kami mohon juga kepada Mu, Ya Allah akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepada Mu.

Ya Allah, Tuhan yang maha Agung lagi mulia. Ya Allah, Tuhan yang sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.”