Doa Akhir Tahun sempena Maal Hijrah di baca tiga kali pada akhir waktu Asar atau sebelum waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata ‘Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku mengoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua.’ Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosa sesiapa yang membaca doa itu setahun.

“Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang, segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir sekalian alam. Semuga Allah cucurkan rahmat dan kesejahteraan atas junjungan Nabi Muhammad saw serta keluarga dan sahabat-sahabat Baginda sekalian.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, perkara-perkara yang telah kami lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini maka kami belum bertaubat daripadanya walhal Engkau tidak meredainya dan tidak melupakannya (Tuhan tidak bersifat pelupa) dan Engkau berlembut tidak mengazabkan kami malah memberi peluang supaya kami bertaubat selepas kami melakukan maksiat itu.

Maka kami sekalian mohon keampunan mu. Ya Allah, ampunilah kami dan mana-mana perbuatan yang telah kami lakukan sepanjang tahun yang Engkau redai dan yang telah Engkau janjikan pahalanya.

Maka kami mohon diperkenankan akan perbuatan (amal bakti) yang telah kami lakukan itu dan Engkau tidak menghampakan harapan kami. Ya Allah, Tuhan yang maha pemurah.

Advertisements