Dunia politik hari ini sangat sinonim dengan cerita tersebut. Apabila Ketua Gembala kambing mahukan perhatian penduduk kampung, beliau akan mengunakan helah yang sama seperti mana-mana orang politik.

‘Serigala! Tolong! Serigala datang!’ Maka berduyun-duyun lah orang ramai dari pelusuk kampung keluar dan hadir demo sama ada di dalam hutan atau masjid atau di mana-mana kandang yang berhampiran. Maka cerita itu akan di ulang-ulang. Kepuasan si Gembala Kambing tidak akan terhenti di situ sahaja, kerana dia akan cuba mencari jalan agar orang lain terpedaya dengan muslihatnya.

Pastinya serigala itu tak makan umpan perangkap, kerana bukan beliau yang terpedaya tetapi orang kampung. Serigala pasti tersenyum jika melihat tingkah laku kambing-kambing yang terpingga-pingga atau hairan juga. Ingatkan si Gembala berkata benar tapi rupanya sekadar helah semata-mata. Si Gembala memang puaslah dengan ‘persepsi, teori serta angan-angannya kerana percaya orang lain adalah bahan jenakanya.

Di permudahkan cerita, kita pasti tahu apa kesudahan cerita tersebut. Apa boleh buat, memang kita hidup dengan kiasan dan persepsi yang sedemikian. Sama ada kita pilih jadi Ketua Gembala, Orang Kampung, Kambing atau kita patut hanya jadi Serigala!