Golongan ini bersikap negatif terhadap semua jenis pembaharuan. Mereka digambarkan sebagai golongan yang pemikiran mereka bersifat statik, pasif dan tidak proaktif. Mereka agak konservatif dengan kemodenan dan prejudis dengan tamadun barat serta cuba mempertahankan tradisi yang ada umpamanya tradisi mazhabiyyah fiqhiyyah dan tarekat-tarekat tasawuf. Mereka terkenal sebagai golongan yang paling selamat daripada ijtihad dan elemen-elemen modenasasi.

Antara ciri-ciri aliran pemikiran golongan ini ialah:

1. Pandangan dan cara hidup mereka adalah tertutup serta mempunyai keperibadian yang tersendiri.

2. Kecenderungan dan kecintaan mereka terhadap cara hidup tasawuf menjadikan mereka golongan zuhud dan sentiasa mengingati kematian serta mukmin yang unggul dan istimewa.

3. Mereka tidak mudah di serang penyakit cintakan dunia. Mereka dikenali sebagai golongan yang warak.

4. Golongan ini juga adalah golongan yang mempertahankan identiti Islam dengan cara tersendiri.