Aliran ini memperlihatkan amat sedikit amalan-amalan Islam yang dilakukan dan sebahagian besar daripada mereka hanya Islam pada nama dan keturunan sahaja. Kebanyakkan daripada mereka mendapat pendidikan dari barat dan mengamalkan fahaman sekular, atau pun terpengaruh dengan idea-idea nasionalisme, liberalisme dan sebagainya. Mereka kebiasaannya merupakan kelompok elit yang berpengaruh, berkuasa dan mewah. Mereka berpendapat bahawa sistem kapitalisme dan sosialisme lebih baik bagi keuntungan mereka serta lebih suka negara di tadbir secara sekular. Pemikiran mereka tidak banyak memberi sumbangan kepada kebangkitan negara Islam.

Antara ciri-ciri ini secara jelasnya ialah:

1. Tidak dinafikan, sikap dan pemikiran mereka menyebabkan umat Islam akan mencapai pembangunan seperti dikecapi oleh negara-negara barat pada masa kini.

2. Aliran ini mudah mendapat sokongan dan bantuan daripada negara-negara barat.

3. Atas sebab inilah pendokong aliran ini lebih yakin dan berpegang teguh kepada fahaman dan isme tertentu dan seterusnya menyembah ‘Tuhan-tuhan Baru’ mereka hasil ciptaan akal manusia.